Tiba-tiba gua teringat balik kisah-kisah pergaduhan dan keriangan di zaman remaja.
Tahun 1996 Gua ditawarkan masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad. Sebuah sekolah berasrama no.3 terbaik di Negeri Melaka. Banyak juga kenangan2 yg jika gua ingat balik akan buat gua menyeringai sorang-sorang.
Masa gua tinggal di asrama dulu, memang jarang nak dapat makan ayam kentaki. Ada juga budak-budak dorm gua yg bila parents diorang
datang melawat ditapaukan satu bucket ayam Kentaki.Ada yang jenis pemurah. Suka kongsi makanan.Ada yang jenis kedekut mcm iblis. Sanggup sorokkan ayam kentaki dalam locker. Biasanya spesis yg suka sorok-sorokkan makanan ni memang kena pukul lah dgn gua. Satu kesalahan besar kalau tak share ayam kentaki dengan gua.
Gua
pernah mengamuk sampai gua cabutkan pintu locker kat dalam dorm dan gua
hempaskan pintu tu kat kepala seorang Senior Form 4. Apa jadi lepas tu? Senior tu
repeat.Dia bawak geng. Hasilnya, gua kena rembat dgn geng senior tu ramai-ramai.Memang
sakit, tapi puas hati.Sebenarnya hanya orang yang pernah bertumbuk je yang akan
tahu bahawa menumbuk muka seorang lelaki dan ditumbuk oleh seorang
lelaki itu adalah satu kenikmatan yg sukar digambarkan.
Semua keganasan dan kekejaman ini adalah pengaruh daripada rancangan WWF yang pernah ditayangkan
di TV1.Dulu rancangan ni ditaja oleh rokok White Horse. Dah jarang dapat jumpa rokok ni.Selain drpd WWF , Filem Bujang Selamat dan Filem
Drunken Master juga memainkan peranan di dalam mempengaruhi perkembangan keganasan, kekejaman dan keberanian gua.
Lu tak payah cakap Lu Gengster Sekolah Sultan Muhammad kalau Lu punya seluar sekolah tak pernah dikerat dan digunting dengan cikgu Husin Namin, lepas
tu kena denda pakai kain pelekat dalam kelas, kasut kesayangan dibakar di tengah padang perhimpunan,Kerandut testis kena
cubit dgn cikgu Hussien Namin, kena lempang bertalu-talu dgn Ustaz Ibrahim...
Ini
semua adalah liku-liku yg harus dilalui utk menjadi seorang gengster yg berjaya
di Sultan Muhammad.
Selain daripada berani pukul orang dan tak takut kena pukul, rahsia
untuk menjadi Gengster yg digeruni di asrama ialah mesti pandai gunting rambut.
Sebab masa menggunting rambut itu lah waktu yg paling sesuai utk
berpolitik dan melebarkan pengaruh serta kuasa mendominasi di dalam
asrama.
Kat Sultan dulu, ada satu urban Legend pasai 'The Green Lady '.
Depa ckp The Green Lady ni akan menghantui pelajar2 yg paling nakal di
sekolah. Depa cakap jugak The Green Lady ni suka menjelma menyerupai
muka Kak Midah yg bekerja sbg Library Assistant. Pernah sekali tu gua
kena tengking dgn kak Midah sebab Gua tanya dia
" Ni Kak Midah ke The Green Lady ? "
Lepas balik sekolah, gua suka melepak dgn
budak2 High School di Plaza Hang Tuah Melaka. Masa tu masing2 bukan main Grunge
katak lagi. Gua, Si Syed Daniel, Arwah Abin dan Arwah Abizar cukup suka
menyakat sorang makwe cun Sekolah Infant Jesus Convent yg bernama Ayu dalam Town
Bus.Cun makwe ni. Rupa dia macam Sofea jane masa muda. Hmmm..Dah berapa orang agaknya anak Si Ayu tu sekarang.
Zaman sekolah dulu puas gua cari makwe yang
minat baca komik dari Hong Kong.Tapi susah sgt nak jumpa.Ramai makwe
suka baca komik Doraemon ,Dragon Ball, Ninja Boy dan Anak-anak
Sidek.
Kecewa juga gua. Kalaulah jumpa dulu mesti seronok berbual kat
telefon kongsi cerita pasal Ji Fat,Sang Merah, Ifrit Utama dan lain2.
Masa gua baru nak tumbuh misai, Gua ada
kenal seorang makwe. Nama makwe tu Nadia.
Muka ada iras-iras Marlia Musa bini Sifu M.Nasir tu.
Dia pernah ucapkan satu ayat legendary kat
gua yang mana sampai hari ni gua ingat.
"Ai sanggup tak ikut parents Ai pergi London sebab yu tau "
( Dalam hati gua -Nak termuntah .Uweekkk )
Tahun 1998 Gua pindah SMK Dang Anum di Merlimau. Lepas Gua pindah ke sekolah ni, perangai gua 100% berubah. Daripada Remaja yg rebel dan rage gila babai bertukar menjadi
Mat Bunga yg minat dengan Backstreet Boy, Boyzone dan konsisten membeli majalah
Galaxy setiap keluaran.
Ini semua Dang Anum punya penangan.Makwe cun
punyalah ramai kat Dang Anum ni.
Dang Anum membuatkan gua lupa dengan
aktiviti-aktiviti sampingan seorang gengster sekolah seperti memeras
ugut rakan sekolah, memukul pondan di sekolah dan lain-lain. Sejak masuk
Dang Anum gua mula berkecimpung dgn aktiviti2 yg lebih sihat seperti
bermain papan selaju, belajar main gitar dan mula berjinak-jinak di
dalam bidang menulis surat kepada makwe.Ini semua nak impress makwe
punya pasal.Jauh di lubuk hati ,gua tahu gua mmg dilahirkan utk
menjadi gengster yg disegani.
5 comments:
hoho
Sultan Muhammad sekolah yang memberikan seribu kenangan kepada saya...
kesiannya awek nadia tu..lepas ni gua tanak la sanggup tak ikut parents sbb laki..nanti di-uwek-kan pula..
Lu dah jumpa ke? 😊
Lu dah jumpa ke? 😊
Lu dah jumpa ke? 😊
Post a Comment