Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Sunday, November 11, 2012

Gengster Yang Terpaling Kejam

Tiba-tiba gua teringat balik kisah-kisah pergaduhan dan keriangan di zaman remaja.

Tahun 1996 Gua ditawarkan masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad. Sebuah sekolah berasrama no.3 terbaik di Negeri Melaka. Banyak juga kenangan2 yg jika gua ingat balik akan  buat gua menyeringai sorang-sorang.

Masa  gua tinggal di asrama dulu, memang jarang nak dapat makan ayam kentaki. Ada juga budak-budak dorm gua yg bila parents diorang datang melawat ditapaukan satu bucket ayam Kentaki.Ada yang jenis pemurah. Suka kongsi makanan.Ada yang jenis kedekut mcm iblis. Sanggup sorokkan ayam kentaki dalam locker. Biasanya spesis yg suka sorok-sorokkan makanan ni memang kena pukul lah dgn gua. Satu kesalahan besar kalau tak share ayam kentaki dengan gua.
  
Gua pernah mengamuk sampai gua cabutkan pintu locker kat dalam dorm dan gua hempaskan pintu tu kat kepala seorang Senior Form 4. Apa jadi lepas tu? Senior tu repeat.Dia bawak geng. Hasilnya, gua kena rembat dgn geng senior tu ramai-ramai.Memang sakit, tapi puas hati.Sebenarnya hanya orang yang pernah bertumbuk je yang akan tahu bahawa menumbuk muka seorang lelaki dan ditumbuk oleh seorang lelaki itu adalah satu kenikmatan yg sukar digambarkan.

Semua keganasan dan kekejaman ini adalah pengaruh daripada rancangan WWF yang pernah ditayangkan di TV1.Dulu rancangan ni ditaja oleh rokok White Horse. Dah jarang dapat jumpa rokok ni.Selain drpd WWF , Filem Bujang Selamat dan Filem Drunken Master juga memainkan peranan di dalam mempengaruhi perkembangan keganasan, kekejaman dan keberanian gua.

Lu tak payah cakap Lu Gengster Sekolah Sultan Muhammad kalau Lu punya seluar sekolah tak pernah dikerat dan digunting dengan cikgu Husin Namin, lepas tu kena denda pakai kain pelekat  dalam kelas, kasut kesayangan dibakar di tengah padang perhimpunan,Kerandut testis kena cubit dgn cikgu Hussien Namin, kena lempang bertalu-talu dgn Ustaz Ibrahim...
Ini semua adalah liku-liku yg harus dilalui utk menjadi seorang gengster yg berjaya di Sultan Muhammad.

Selain daripada berani pukul orang dan tak takut kena pukul, rahsia untuk menjadi Gengster yg digeruni di asrama ialah mesti pandai gunting rambut. Sebab masa menggunting rambut itu lah waktu yg paling sesuai utk berpolitik dan melebarkan pengaruh serta kuasa mendominasi di dalam asrama.

Kat Sultan dulu, ada satu urban Legend pasai 'The Green Lady '. Depa ckp The Green Lady ni akan menghantui pelajar2 yg paling nakal di sekolah. Depa cakap jugak The Green Lady ni suka menjelma menyerupai muka Kak Midah yg bekerja sbg Library Assistant. Pernah sekali tu gua kena tengking dgn kak Midah sebab Gua tanya dia
" Ni Kak Midah ke The Green Lady ? "


Lepas balik sekolah, gua suka melepak dgn budak2 High School di Plaza Hang Tuah Melaka. Masa tu masing2 bukan main Grunge katak lagi. Gua, Si Syed Daniel, Arwah Abin dan Arwah Abizar cukup suka menyakat sorang makwe cun  Sekolah Infant Jesus Convent yg bernama Ayu dalam Town Bus.Cun makwe ni. Rupa dia macam Sofea jane masa muda. Hmmm..Dah berapa orang agaknya anak Si Ayu tu sekarang.

Zaman sekolah dulu puas gua cari makwe yang minat baca komik dari Hong Kong.Tapi susah sgt nak jumpa.Ramai makwe suka baca komik Doraemon ,Dragon Ball, Ninja Boy dan Anak-anak Sidek.
Kecewa juga gua. Kalaulah jumpa dulu mesti seronok berbual kat telefon kongsi cerita pasal Ji Fat,Sang Merah, Ifrit Utama dan lain2.

Masa gua baru nak tumbuh misai, Gua ada kenal seorang makwe. Nama makwe tu Nadia.
Muka ada iras-iras Marlia Musa bini Sifu M.Nasir tu.
Dia pernah ucapkan satu ayat legendary kat gua yang mana sampai hari ni gua ingat.
"Ai sanggup tak ikut parents Ai pergi London sebab yu tau " 

( Dalam hati gua -Nak termuntah .Uweekkk )

Tahun 1998 Gua pindah SMK Dang Anum di Merlimau. Lepas Gua pindah ke sekolah ni, perangai gua 100% berubah. Daripada Remaja yg rebel dan rage gila babai bertukar menjadi Mat Bunga yg minat dengan Backstreet Boy, Boyzone dan konsisten membeli majalah Galaxy setiap keluaran. 
Ini semua Dang Anum punya penangan.Makwe cun punyalah ramai kat Dang Anum ni.

Dang Anum membuatkan gua lupa dengan aktiviti-aktiviti sampingan seorang gengster sekolah seperti memeras ugut rakan sekolah, memukul pondan di sekolah dan lain-lain. Sejak masuk Dang Anum gua mula berkecimpung dgn aktiviti2 yg lebih sihat seperti bermain papan selaju, belajar main gitar dan mula berjinak-jinak di dalam bidang menulis surat kepada makwe.Ini semua nak impress makwe punya pasal.Jauh di lubuk hati ,gua tahu gua mmg dilahirkan utk menjadi gengster yg disegani.

Falsafah #10

Brader Beger cakap, kadang-kadang dalam hidup ini bukan semua benda yg berlaku depan kita boleh dinilai dengan logic akal.

Lukisan

Dulu masa gua kecik-kecik gua pandai melukis.Lukisan gua yg bertajuk Malaysia Tahun 2000' pernah menang no.1 pertandingan melukis Kelab kanak-kanak angkasapuri RTM Melaka. Gua dapat hadiah Pensel Kaler LUNA yg ada 50 batang tu,sijil penyertaan dan wang tunai.Syg sekali lukisan tu tak disimpan.

Tapi, sejak matapelajaran lukisan ada di dalam jadual waktu persekolahan, gua terus jadi tak minat melukis.Pelik. Mungkin Sebab gua ni spesis yg benci buat sesuatu ikut jadual.Gua lebih suka menconteng muka artis dlm majalah dan surat khabar. Setiap gambar artis akan ada misai, janggut ,cermin mata, dan gigi rongak.

Lagu Cinta

Brader Beger cakap, Kadang-kadang ada lagu cinta yg bila kita dengar buat kita rasa sayu mcm cilake. Sebenarnya bukan lagu tu yg buat kita sayu tetapi kenangan bersama ORANG disebalik lagu tu yg buat kita rasa mcm tu.