Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, October 29, 2012

KL Menjerit

 Tiba-tiba Gua teringat dengan Filem KL Menjerit yang diarahkan oleh Bade pada tahun 2001. Masa Filem tu keluar, gua baru menjinakkan diri dgn Kutu-kutu, Mat-Mat motor dan Mat-Mat ranggi di KL. Umur baru menginjak ke angka Satu Lapan. Angka yg pada sangka gua sudah cukup dewasa utk menilai kehidupan.Percaya atau tidak, gua pergi menonton Filem KL menjerit sorang2 di TGV KLCC. Pada mulanya of course
first choice gua pada hari tu nak layan Holywood Movie tapi sebab malas nak tunggu lama-lama so gua decide utk tengok tayangan yang paling cepat. So Gua pilih KL Menjerit.

Filem KL Menjerit rupa-rupanya sangat tidak mengecewakan gua. Ternyata pengarahnya Bade sangat bijak mengolah elemen kehidupan seorang anak muda kampung yang datang ke Kota Besar KL dengan sebuah impian utk merubah kehidupan dan membina masa depan. Dalam menghaungi liku-liku dan cabaran Kota Besar KL, Anak muda ini terjebak dengan budaya liar anak-anak muda Kota yang mencari erti kebebasan maksima dan mereka mengeksperimentalkan kebebasan itu ke jalan raya. Tapi jauh di dalam diri anak muda ini sedar bahawa kehidupan yang sebenar tidaklah harus begitu jalannya. Ia lebih besar daripada itu.Lantas, kehadiran seorang gadis yang benama Ayu telah membuka lembaran baru di dalam hidupnya.

Filem KL Menjerit sememangnya sebuah Karya Bade yang baik . Pada ketika itu Bade telah membuatkan seorang anak muda perantauan yg berusia 18 tahun berfikir KEHIDUPAN SEBENARNYA ADALAH TENTANG MEMBUAT KEPUTUSAN.Secara tak sedar KL Menjerit telah memberikan gua jawapan yang gua cari-cari .. Mungkin, kalau gua tak tengok cerita tu ...Mesti gua takkan terfikir utk balik kampung ambil result STPM dan apply UPU.Sebab bila gua dah start merantau ke KL gua tak pernah fikir yang masuk Universiti tu best. Kehidupan di KL ni yang lebih real.Gua hepi jadi Kutu. Hepi menikmati hidup. Pada gua Universiti hanyalah satu tempat berkumpulnya monyet-monyet bangang yg suka tunjuk pandai. Tapi bila kita tanya siapa Alvin Toffler, semua menganga..Bila kita tanya apa kesan Revolusi Perancis semua kata 'Entah'. ...Ahhh, HIDUP INI INDAH.

No comments: