Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, July 4, 2012

Cerita Gua Jumpa UFO

Gua ada satu cerita X-Files. Semasa Gua di darjah dua, setiap hari selepas waktu Maghrib gua akan pergi mengaji Al-Quran di surau. Satu malam semasa balik dari mengaji, gua telah terserempak dgn UFO. UFO itu bersaiz kecil dan  berbentuk seperti bola api . Ia ligat berpusing-pusing di atas pokok Binjai di hadapan rumah gua. Gua jadi cuak lantas memanggil kawan mengaji Gua yg bernama Walid untuk bersama-sama menyaksikan fenomena luarbiasa itu. Namun dengan tidak semena-mena UFO itu meletop dan berkecai apabila gua menunjukkannya pada Si Walid.

Tanpa membuang masa gua berlari ke bawah pokok binjai itu untuk melihat apakah sebenarnya yang telah berlaku. Tetapi hairannya tiada satu apa pun bekas ataupun kesan-kesan benda meletop ataupun terbakar. Gua syak UFO itu mungkin telah di hantar oleh Alien utk menculik kanak2 pintar seperti gua. Mungkin UFO itu telah mengaktifkan mod halimunannya dan sedang diam-diam menghendap kami. Gua dan Walid ketakutan dan terus berlari pulang ke rumah.Malam itu gua tak dapat tidur. UFO yang meletop itu berpusing-pusing ligat di dalam kepala Gua.

Esoknya gua bergegas pergi ke rumah atuk dan menceritakan segala yang telah berlaku pada malam semalam. Air muka atuk berubah menjadi serius. Atuk bertanya "Benarkah gua betul-betul nampak UFO itu berpusing-pusing di atas pokok binjai di hadapan rumah ?. Gua meyakinkan atuk dengan mengatakan bahawa Si Walid juga menyaksikannya. Melihat Atuk menjadi begitu serius, gua semakin yakin dengan teori gua bahawa memang Alien telah menghantar UFO itu untuk menculik kanak2 pintar seperti gua. 

Lalu atuk pun menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kata atuk itu memang UFO. Tapi bukan UFO yang dihantar oleh Alien.Tetapi UFO itu dihantar oleh manusia yang berhati busuk. Kata Atuk lagi UFO yang gua nampak itu sebenarnya ilah 'TUJU-TUJU' . 'Tuju-tuju' ialah bebola api yang di hantar oleh orang yang berniat jahat untuk menghantar sihir pada orang yang tidak disukainya ataupun yang ingin dikhianatinya. Kata Atuk lagi, 'Tuju-tuju' itu akan pecah dan tidak akan berjaya sampai kepada orang yg hendak disihirnya sekiranya ada orang lain yang ternampak tuju-tuju itu dan menunjukkannya dengan jari telunjuk. Itu lah sebabnya UFO yang gua nampak itu meletop secara tiba-tiba apabila gua tunjukkannya pada Si Walid.

Patut lah atuk menjadi begitu serius. Rupa-rupanya atuk menjangkakan mungkin ada orang yg berhati busuk mahu membuat khianat pada keluarga kami. Atas kejadian itu, atuk telah memberikan gua sepotong ayat al-quran untuk di amalkan  "Lailaha illah anta, Subha nakainni, kuntuminozzolimin' kata atuk doa ini dibaca untuk memohon agar Allah sentiasa menjaga diri kita daripada kezaliman makluk yg bernama manusia dan juga kejahatan syaitan.

Sebenarnya, banyak cerita-cerita x-files yang ada di kampung gua. Kalau gua cerita lebih-lebih, Gua yakin lu orang mesti takkan percaya dan akan cakap gua ni ilusi lebih. InsyaAllah kalau gua senang, len kali gua akan kongsikan kisah gua terjumpa dengan Kapal Lanun Black Pearl sewaktu gua masuk ke dalam hutan Bakau Anjung Batu mencari Kepah dan buah api-api.

No comments: