Gua ada satu cerita X-Files. Semasa Gua di darjah dua, setiap hari
selepas waktu Maghrib gua akan pergi mengaji Al-Quran di surau. Satu
malam semasa balik dari mengaji, gua telah terserempak dgn UFO. UFO itu
bersaiz kecil dan berbentuk seperti bola api . Ia ligat
berpusing-pusing di atas pokok Binjai di hadapan rumah gua. Gua jadi
cuak lantas memanggil kawan mengaji Gua yg bernama Walid untuk
bersama-sama menyaksikan fenomena luarbiasa itu. Namun dengan tidak
semena-mena UFO itu meletop dan berkecai apabila gua menunjukkannya pada
Si Walid.
Tanpa membuang masa gua berlari ke bawah pokok
binjai itu untuk melihat apakah sebenarnya yang telah berlaku. Tetapi
hairannya tiada satu apa pun bekas ataupun kesan-kesan benda meletop
ataupun terbakar. Gua syak UFO itu mungkin telah di hantar oleh Alien
utk menculik kanak2 pintar seperti gua. Mungkin UFO itu telah
mengaktifkan mod halimunannya dan sedang diam-diam menghendap kami. Gua
dan Walid ketakutan dan terus berlari pulang ke rumah.Malam
itu gua tak dapat tidur. UFO yang meletop itu berpusing-pusing ligat di
dalam kepala Gua.
Esoknya gua bergegas pergi ke rumah atuk dan menceritakan segala yang telah berlaku pada malam semalam. Air muka atuk berubah menjadi serius. Atuk bertanya "Benarkah gua betul-betul nampak UFO itu berpusing-pusing di atas pokok binjai di hadapan rumah ?. Gua meyakinkan atuk dengan mengatakan bahawa Si Walid juga menyaksikannya. Melihat Atuk menjadi begitu serius, gua semakin yakin dengan teori gua bahawa memang Alien telah menghantar UFO itu untuk menculik kanak2 pintar seperti gua.
Esoknya gua bergegas pergi ke rumah atuk dan menceritakan segala yang telah berlaku pada malam semalam. Air muka atuk berubah menjadi serius. Atuk bertanya "Benarkah gua betul-betul nampak UFO itu berpusing-pusing di atas pokok binjai di hadapan rumah ?. Gua meyakinkan atuk dengan mengatakan bahawa Si Walid juga menyaksikannya. Melihat Atuk menjadi begitu serius, gua semakin yakin dengan teori gua bahawa memang Alien telah menghantar UFO itu untuk menculik kanak2 pintar seperti gua.
Lalu atuk pun menjelaskan apa
sebenarnya yang telah berlaku. Kata atuk itu memang UFO. Tapi bukan UFO
yang dihantar oleh Alien.Tetapi UFO itu dihantar oleh manusia yang
berhati busuk. Kata Atuk lagi UFO yang gua nampak itu sebenarnya ilah
'TUJU-TUJU' . 'Tuju-tuju' ialah bebola api yang di hantar oleh orang
yang berniat jahat untuk menghantar sihir pada orang yang tidak
disukainya ataupun yang ingin dikhianatinya. Kata Atuk lagi, 'Tuju-tuju'
itu akan pecah dan tidak akan berjaya sampai kepada orang yg hendak
disihirnya sekiranya ada orang lain yang ternampak tuju-tuju itu dan
menunjukkannya dengan jari telunjuk. Itu lah sebabnya UFO yang gua
nampak itu meletop secara tiba-tiba apabila gua tunjukkannya pada Si
Walid.
Patut lah atuk menjadi begitu serius. Rupa-rupanya
atuk menjangkakan mungkin ada orang yg berhati busuk mahu membuat
khianat pada keluarga kami. Atas kejadian itu, atuk telah memberikan gua
sepotong ayat al-quran untuk di amalkan "Lailaha illah anta, Subha
nakainni, kuntuminozzolimin' kata atuk doa ini dibaca untuk memohon agar
Allah sentiasa menjaga diri kita daripada kezaliman makluk yg bernama
manusia dan juga kejahatan syaitan.
Sebenarnya, banyak
cerita-cerita x-files yang ada di kampung gua. Kalau gua cerita
lebih-lebih, Gua yakin lu orang mesti takkan percaya dan akan cakap gua
ni ilusi lebih. InsyaAllah kalau gua senang, len kali gua akan kongsikan
kisah gua terjumpa dengan Kapal Lanun Black Pearl sewaktu gua masuk ke
dalam hutan Bakau Anjung Batu mencari Kepah dan buah api-api.