Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, October 26, 2010

Gua bercerita tentang : Kerajaan, Projek Mega, Kemiskinan dan Rakyat . . .

Selesai  sahaja pembentangan budget 2011 yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (DSNTAR) cerita yang paling panas di kedai kopi ialah berkenaan dengan Menara Warisan 1Malaysia. Tidak kira samada di Starbucks atau Cofee Bean, Old Town Kopitiam mahupun di Warung Kopi Pak Ngah Samah semua pakar2 ekonomi kedai kopi membahaskan tentang pembaziran yang akan dilakukan oleh kerajaan di dalam menjayakan projek mega yang bernilai 5Billion ini.

Pakar-pakar ekonomi kedai kopi berasa tidak puas hati jika pendapat mereka tidak di dengar umum, maka mereka melanjutkan perbincangan mereka di laman-laman sosial yang popular ketika ini. Dgn satu tentangan mengatakan bahawa projek ini tidak lain dan tidak bukan hanya membazir dan menambahkan kekorupan yang sudah sedia berlaku di dalam negara.

Di dalam menjayakan projek mega ini DSNTAR mengatakan bhw kerajaan meletakkan tanggungjawab merealisasikan perancangan ini di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) .PNB akan bertanggung mencari investor dan modal-modal pelaburan luar dan dalam negara bagi menjadikan impian Kerajaan BN ini satu kenyataan. Jadi melalui pelan pelaburan ini tidak ada kaitan langsung dgn dakwaan yang mengatakan projek mega ni hanya akan membazirkan wang rakyat. Malangnya berapa ramaikah rakyat di Malysia ini yang benar2 memahami perana PNB di dalam memacu ekonomi negara ? Ketidak fahaman ini menjadikan hasrat Kerajaan BN untuk perlaksanaan projek mega ini sebagai satu perkara yang tidak masuk akal bg golongan-golongan yang hanya memandang sesuatu perkara dari luar kotak.

Hal ini mengingatkan gua dengan idea Tun Dr. M untuk membina jambatan Pulau Pinang dahulu. Ramai mengatakan bahawa Dr.M adalah seorang yg gila dan suka membazirkan wang negara. Lihat pada hari ini. Betapa idea gila Dr.M itu menjadi satu keperluan yang paling penting bagi memacu ekonomi di Pulau Pinang.

Benar jika kebijakan mengurus ekonomi negara tidak di ambil serius, projek mega ini akan mendatangkan malapetaka yg besar bagi Kerajaan BN. Jika dilihat dari sisi golongan-golongan marhaen sederhana seperti gua ini, projek ini mungkin tidak akan dapat memberikan kesan yang besar di dalam kehidupan seharian gua sebagai rakyat Malaysia. Tetapi jika dilihat dari sudut dan ruang lingkup yang lebih besar, projek ini mampu membawa satu dimensi baru di dalam peningkatan ekonomi negara terutamanya di dalam bidang hartanah. Lihat sahaja betapa melonjakkannya nilai hartanah di sekitar KLCC Petronas Twin Tower. Hasil daripada pembinaan satu menara byk pelabur2 dari luar datang untuk melabur di dalam bidang hartanah dan perhotelan di Sekitar KLCC.

Bagi sebuah negara yang sedang giat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, langkah drastik di dalam memacu kekuatan ekonomi negara haruslah ditekankan seiring dengan usaha membina masyarakat yang makmur. Oleh itu kadar kemiskinan di dalm negara haruslah di ambil serius oleh Kerajaan. Kerajaan seharusnya meletakkan keperluan rakyat sebagai agenda utama di dalam menguruskan dan mentadbir sebuah negara. Bagi rakyat yang tinggal di dalam sebuah negara yang sedang giat mencapai status negara maju pula, mereka haruslah lebih berdaya saing di dalam merebut peluang-peluang ekonomi yang terbuka di dalam negara. Kemiskinan tida mungkin akan berlaku jika rakyat di dalam negara bangun dan bingkas mencari dan menggunakan peluang-peluang yang ada. bak kata pepatah org2 tua "Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia ". Lihat sahaja betapa banyak peluang pekerjaan yang ada di Malysia ini. Masalahnya rakyat Malaysia sememangnya memilih utk bekerja. Mereka lebih rela peluang2 itu diisi dan diambil oleh rakyat2 asing. Hasilnya rakyat Malaysia seperti merempat di dalam negara sendiri.

Peranan Pembangkang di dalam negara amatlah penting supaya rakyat akan terus terbela. Pembangkang berperanan sebagai pihak yang membuat 'Check and Balance'bagi segala tindak tanduk Kerajaaan di dalam negara agar kerajaan berhati-hati di dalam membuat sesuatu keputusan.Namun begitu, Kedegilan untuk berubah dan mempersiapkan diri menjadi rakyat bg sebuah negara maju hanya akan mengakibatkan rakyat Malaysia terkebelakang. Globalisasi tidak mungkin dapat dielakkan lagi. Perancangan ratusan tahun yang dibuat oleh Masonic believer berjaya menyerap di dalam ideologi masyarakat dunia. Apakah silapnya?  Silapnya kegagalan cendiakiawan Islam pada zaman terdahulu di dalam melihat dan menterjemah Masterpieces Ibnu Khaldun ( Muqaddimah)  lebih agung daripada Masterpieces Adam Smith ( Wealth Of Nation) di dalam merencanakan hala tuju masyarakat Islam mengharungi masa depan.

Gua hanya Marhaen sederhana yang memandang sesuatu dari mata burung. Harapnya tidak terperangkap di dalam tempurung. Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam apa yang gua harapkan hanya satu.
Harapnya Malaysia menjadi sebuah negara Maju yang menjadi contoh terbaik bagi negara-negara Islam yang lain di dunia.

Teruskan.....I am proud to be Malaysian.

No comments: