Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, September 7, 2010

Gadis yang tak jemu menunggu, Gua pohon maaf dari kamu,



 Sang Phoenix....

Matnoh dah kahwen,Jept dah kahwen, John pun dah nak kahwen, adlee dah kahwen Aliff pun dah nak kahwen, so semua kawan2 baik gua dah settle down.....Gua bila lagi?

Satu soalan yg gua sendiri susah nak jawab....
Gua seakan takut dengan perkataan kahwen tu....
Kata orang selagi kita tak kahwen selagi tu kita takkan jumpe hidup.......
Hidup yang macam mana yg orang maksudkan tu gua sendiri tak tahu......
Tapi kalau kahwen hanya tambah merosakkan hidup sendiri dan menyeksa hidup orang lain baik tak payah kahwen kan.........

banyak persoalan tentang kahwen yg bermain di dalam kepala otak gua....

Adakah kahwen tu just untuk menyempurnakan keperluan naluri seks antara lelaki dan wanita?
kahwen tu menjadi satu bukti kepada seorang lelaki bahawa dia adalah seorang lelaki?
kahwen tu sebagai satu cara untuk menamatkan hubungan perasaan cinta antara si lelaki dan si wanita seterusnya mencipta keindahan yg sebenar dlm percintaan?
kahwen tu sebagai satu tangga kepada si lelaki ataupun si wannita dalam mencari ataupun mencapai sesuatu agenda dalam hidup dia?
kahwen tu adalah satu cara untuk seseorang memperolehi waris generasi ataupun keturunan sendiri?
Ataupun kahwen tu adalah SUNNAH yang harus dituruti?

Pastinya bila gua tanya soalan2 ni..ramai Si hipokrit yang akan menjawab....

" kahwen tu sunnah Bro "

Tapi berapa ramai org islam dalam dunia ni yang berkahwen sebab dan alasan yang utama dalah sunnah..tak payahlah kita survey satu dunia..cukup kita survey satu malaysia ni jer....ramai yang kahwen sebab ape?

sebab Cinta.......

Cinta yg hadir pada suatu hubungan yg lama...
Cinta yg hadir pada harta si empunya....
Cinta yang hadir sebab budi..........
Cinta yang hadir kerana paras rupa...
Cinta yang hadir sebab gile.........

Pernah 2 tahun dulu, ade seorang gadis cakap dgn gua...dia ckp, kalau hujung tahun tu gua tak datang untuk meminang, dia akan terima sesiapa sahaja yg datang melamar walaupun takde perasaan sayang pada org yg melamar.Dia kata lagi,  mungkin masa cincin tersarung di jari manis dia nanti..air mata dia akan tak henti-henti menitik jatuh di pipi. Hari ini gadis masih lagi tak kahwin kononnya dia baru sedar tak boleh nak tipu diri dia sendiri. Dia hubungi gua baru-baru ni dan cakap yang dia masih menunggu gua. Bagai nak pecah jantung gua bila dengar. Entah mana datangnya kekuatan sampai Gua cakap, dia tak perlulah tunggu gua lagi sebabnya Gua memang takde kualiti  untuk jadi seorang lelaki yang dia dan keluarga dia mahukan. Si Gadis sangat kecewa dan dia ckp gua lah Lelaki yang paling kejam yang dia pernah kenal.

KEJAM KE GUA? KALAU GUA KEJAM LU ORG TOLONG BERITAHU GUA BENARKAH GUA NI KEJAM? JADI JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI TU KEJAM KE?

ataupun dia yang KEJAM dengan diri sendiri?

TERUS TERANG GUA CKP......GUA TAK TAHU NAK HIDUP DALAM SEBUAH KELUARGA MELAYU YANG HARI-HARI MAKAN NASIK PAKAI SUDU.
GUA BUKAN GOLONGAN TU...DAN GUA TAK MAMPU UNTUK JADI LELAKI YANG MCM MANA LU MAHU...WALAUPUN GUA PERNAH CUBA UTK JADI LELAKI TU.....
" SAYANG"  JE TAK CUKUP UNTUK TEMPUHI SATU HIDUP....

Ketika ini,
Gua ibarat
"Jentayu yang patah sayap lalu bertongkat paruh"
Bagaimana jentayu yang bertongkat paruh bisa membina mahligai di atas bumi ?

Mungkin dia mampu.
Jika ada Sang Phoenix yg sudi membantu....

Gadis yang tak jemu menunggu,
Gua pohon maaf dari kamu,
Sang Phoenix telah gua ketemu...
Dan dia juga sudi bertamu....
Dia Sang Phoenix Yang baru bangkit dari Abu.
Gadis, sekali lagi maaf.
Gua bukan utk kamu.

3 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

Peh. entry ni memang meruntun jiwa.

Tak lu tak kejam.

sebab "gadis yang tak jemu menunggu tu dari SEBUAH KELUARGA MELAYU YANG HARI-HARI MAKAN NASIK PAKAI SUDU"

Heh!!

Brader Burger said...

gua dtg dari rumah yg beratap nipah dan bertangga batu...

beras di simpan di dalam tempayan..

Gua sukakan hidup yg seadanya...

Raja Fiqri....kadang-kala,Susah nak dimengertikan apa yg kita mahukan daripada seorang gadis..

Verdict said...

"gadis yang tak jemu menunggu tu dari SEBUAH KELUARGA MELAYU YANG HARI-HARI MAKAN NASIK PAKAI SUDU"


aku makan nasi pakai jari jemari je.
ape macam? hahahahhahaa