Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, August 31, 2010

'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu'


'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu'
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung
Persekutuan Tanah Melalyu
(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan
untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan,Tanah SimpananMelayu
sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami
tubuhkan Rejimen Askar Melayu
ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan
Raja-Raja Melayu  memerintah negaraini;

Kami isytiharkan
Islam adalah Agama Persekutuan;
 
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah
Bahasa Melayu;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan
dan Kepentingan sah kaum-kaum lain
(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
* BANYAK YANG TELAH TERGADAI DEK KETAMAKAN ANAK CUCU TUANKU JUGA.....


TERUSKAN....

Merdeka ka ? Kah Kah Kah!



CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Apa manisnya MERDEKA
mulut dikunci, tangan diikat, dan pena akan dipatahkan bila ia menari ligat
Apa ertinya MERDEKA
media massa cuma boleh melaungkan kebenaran di sebelah pihak sahaja
Apa santunnya MERDEKA
malam sambutannya hanya kedengaran hiruk-pikuk jeritan yang tak punya  rasa
Apa nilainya MERDEKA
Jalur gemilang megah berkibar tapi jati-diri bangsa jatuh melepar

Apa rasanya MERDEKA
bangsanya tak kenal Sejarah
Apa mulianya MERDEKA
ada lagi bayi kecil menjerit hiba di longgokan sampah
Apa ceritanya MERDEKA
Sang Haruan masih makan anaknya
Apa luhurnya MERDEKA
Si Melayu sudah segan nak berbahasa ibunda
Apa gemilangnya MERDEKA
Si Kitul dan Si Mandaliar sahaja yang Kaya Raya
Apa gembiranya MERDEKA
 tanah nenek moyang rupa-rupanya sudah tiada

Manis........MERDEKA!!!
Erti..........  MERDEKA!!!
Santun.......MERDEKA!!!
Nilai..........MERDEKA!!!
Rasa.........MERDEKA!!!
Mulia........MERDEKA!!!
Cerita.......MERDEKA!!!
Luhur....... MERDEKA!!!
Gemilang.. MERDEKA!!!
Gembira... MERDEKA!!!

Ohh..Mungkin mereka memang benar-benar sudah Merdeka.....

Teruskan....

Friday, August 27, 2010

Kita Bukan Bangsa Fanatik Seperti Mereka...

Satu hal yang sgt pasti gua terlalu bersyukur dengan keputusan org-org yang terdahulu di dalam menentukan pembinaan Negara Bangsa Malaysia.Keptusan org2 yang terdahulu ternya memberikan kesan yang sgt besar kepada pembentukan negara yang kita ada pada hari ini...Kita mencapai kemerdekaan secara rundingan.Mereka kata, kemerdekaan kita tanpa perjuangan yang sebenar.Tiada darah wira yang tumpah seperti wira2 mereka.Tidak seperti mereka yang kononnya boleh merasa bangga dengan perjuangan berdarah wira mereka utk menuntut kemerdekaan daripada penjajahan Belanda. Namun hakikat itu lah yang menjadikan rakyat Malaysia istimewa. Kita berjaya membentuk sebuah masyarakat yang tidak FANATIK seperti mereka....

1945 - Kongres KRIS di bentuk oleh Ibrahim Yaakob, Dr.Burhanudin Al-Helmi dan Sukaerno.Tujuan utk menubuhkan Gagasan negara Indonesia Raya iaitu menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah,dan Sarawak dan Indonesia menjadi sebuah negara merdeka yang dinamakan Indonesia Raya.Kongres ini tidak mendapat tempat di hati org Melayu malah telah diharamkan oleh Jepun pada tahun yang sama.

-Sukaerno sangat kecewa. Namun Ogos 1945 Indonesia mencapai kemerdekaan. Tetapi Tanah Melayu masih di bawah kuasa Jepun.

- 1962, Selepas kemerdekaan TM pd 1957, Tunku merasakan bahwa penggabungan di antara TM,Singapura, Sabah dan Sarawak dapat memakmurkan dan menguntungkan Org Melayu yang sedang di ancam kebimbangan oleh peningkatan populasi kaum lain ketika itu. Penggabungan itu membentuk sebuah negara bangsa yang berdaulat yang dinamakan sebagai MALAYSIA.

-Idea penggagasan Malaysia amat mendatangkan kemarahan dan tentangan yang maha hebat oleh Sukarno lalu mengishtiharkan konfrontasi terhadap Malaysia. Ianya menjadi serius apabila Sukarno melancarkan kempen GANYANG MALAYSIA dan menyiapkan  Angkatan Bentara Indonesia untuk menyerang Malaysia.Konfrontasi itu berlangsung dari 1962-1966. Selama itu Sukaerno menyemaikan benih kebencian kepada rakyat Indonesia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Boneka British dan sebenarnya adalah tempat utk Org China berkuasa.

Sukaerno adalah Pemimpin Karismatik Lagenda bagi Org Indonesia.Beliau dikatakan jelmaan bagi Sang Ratu adil. Oleh itu apa yang keluar daripada mulut Sukerno adalah sesuatu yang mulia dan benar bagi mereka. Kebencian Org Indonesia kpd Malaysia telah wujud sekeian lama tanpa ada penawarnya.Namun sewaktu Suharto berkuasa..Hubungan di antara Malaysia dengan Indonesia dibaik pulih kembali.Namun penyokong2 setia Sukarno tidak pernah hilang dengan kebencian mereka.

Kebencian pada Malaysia meluap2 lagi apabila isu-isu penderaan terhadap pembantu rumah dari Indonesia sering berlaku di Malaysia. Di tambah pula dengan asimilasi budaya yang tak dapat dipisahkan lantaran berasal dari rumpun yg sama. Oleh itu kebudayaan yang sedia ada dikatakan dipunyai oleh Orang2 Indonesia.Seumpamanya Org2 Di Malaysia hanya pandai Merompak kebudayaan mereka.

Bagi gua, jika mereka ingin memijak bendera, membakarnya atau menajiskannya..teruskan..BIARKAN..
Semua Itu berlaku di negara mereka.biarkan..Biar mereka memberitahu kepada semua masyarakat dunia bahawa mereka memang gemar bermain Najis dan bersikap kotor dan jijik.Dan apabila bala bencana Allah datang menimpa negara jiran mereka ini jugalah yang akan datang menbawa khabar gembira dengan bantuan2 yang tidak pernah putus- putus.

Namun, Sekiranya Jalur Gemilang dihinakan di Tanah ini...Pasti Pedang Pangeran-pangeran Kota Langit akan bergetar kehausan meminta darah2 Sang Siluman yang berbesar kepala di Tanah Tumpah mereka ini...
                                            

JIKA BERANI.....TERUSKAN...
                                                          

http://bohemiankl.blogspot.com/

Thursday, August 26, 2010

Gua Bercerita tentang : MITOS MEMANASKAN ENGINE KERETA....


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendahdan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga.

Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Sejak dari zaman Abah gua bawak kereta Ford Escort lagi ataupun mungkin lebih awal dari itu.

Jadi Abah gua pun seperti biasa sebelum nak pergi mana-mana pasti  panaskanlah juga enjin keretanya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Tapi bila gua balik kampung start kereta depan mak dan abah dan terus drive, mak dan abah akan tegur kenapa gua tak panaskan Engine kereta dulu.Sepertinya gua sedang melakukan kesalahan yang besar di dalam  penjagaan kereta. Hmm.. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan.

Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Rasanya memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature".

Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius.

Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.
 
Sekarang kita tengok serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit.

Apa pula kebaikkan memanaskan enjin ?

Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah Lu orang di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. Rakya Malaysia memang suka mengikut dan mempercayai satu kebiasaan tanpa meneliti dan mengkaji secara saintifik tentang sesuatu perkara itu. Banyak contoh lagi yang boleh gua jelaskan. Antaranya lihat sahaja di Facebook.Berbagai-bagai link Clip Video dan penulisan yang meragukan di hantar oleh orang ramai tanpa meneliti dan mengkaji secara saintifik tentang kesahihan sesuatu cerita ataupun clip video yang dipaparkan.Dengan berlatar belakangkan bacaan ayat-ayat Al-quran sahaja sudah cukup untuk membuatkan pengguna facebook dan Youtube Melayu amnya mempercayai sesuatu perkara tanpa perlu menyelidikannya.Hmmm...

Akhir kata setujukah Lu Orang jika Gua katakan  bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Kalau Lu Orang tak percaya....

Teruskan.......



Monday, August 23, 2010

Ramadhan Yang Suci.....

Bulan ini adalah bulan yang sangat indah..sgt tenang dan damai.Bulan ini adalah bulan yang paling ditungu-tunggu oleh muslimin dan muslimah di seluruh dunia.Bulan ini mempunyai satu malam yang sangat istimewa yang mana keistimewaannya melebihi 1000 bulan kebajikan amalan.Inilah Bulan RAMADHAN.Bulan di mana Iblis dan Syaitan terkurung di Alam mereka.Di halang untuk menghasut manusia.Bulan yang sememangnya masa untuk makhluk yang bernama manusia berperang dengan nafsu sendiri.Berpuasa yang bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja tetapi puasa yang boleh mengajar kita untuk melihat kembali ke dalam diri tentang siapakah kita.

Seawal jam 3 pagi Gua bersahur. Pada mulanya niat hati ingin bersahur KFC depan Carrefour Wangsa maju tetapi tiba-tiba datang perasaan rindu sangat dengan suasana berpuasa semasa mengharungi zaman kampus di USM Penang dahulu.Gua menukar arah permanduan kereta  ke Restoren nasi Kandar Pelita Jalan Ampang Kuala Lumpur.Keenakan nasi kandar di Pelita Jalan Ampang ternyata sama seperti yang ada di Penang.Diam tak diam sudah empat tahun gua meninggalkan Pulau Mutiara yang banyak menyimpan sejarah dan cerita zaman remaja dan sememangnya tika ini gua betul-betulkan rindukan segala yang ada di sana.Mungkin suasana di Restoren Pelita ini sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan pada Penang.



Ramadhan juga membuatkan gua rindukan suasana makan beramai-ramai bersama teman-teman sekampus di Masjid Al-Malik USM.Walaupun juadah yang disediakan di Masjid Al-Malik USM hanyalah sekadar nasi dan kari daging namun keberkatan apabila  berbuka puasa beramai-ramai di masjid membuatkan segalanya istimewa.Gua juga rindukan pasar Ramadhan Gelugor dan Bayan Lepas dan pastinya gua tidak boleh menafikan bahawa gua sangat rindukan semua kenangan yang pernah dicipta di sana.Apabila Ramadhan Al-Mubarak muncul gua pasti akan teringat pada seorang sahabat baik dan teman seperjuangan semasa di Kampus yang sangat unik iaitu Safulnizan@ Pon .Gua jadi sayu apabila terkenangkan kami selalu mengidam mahu makan juadah yang sedap-sedap yang dijual di pasar Ramadhan tapi nak beli tak ada duit.Jadi kami telan air liur saja lah apabila tengok org lain makan sedap-sedap.Hmm..Rasanya seperti baru semalam Gua berada di Penang.

Selepas bersahur gua terus pulang ke rumah.Gua menuju ke bilik tidur dan capai buku Sejarah Melayu di atas meja komputer pantas memulakan pengembaraan fikiran.Sedar tak sedar gua dah tertidur.Bunyi nada dering telefon bimbit membuatkan gua terjaga. .Ianya Panggilan daripada seorang gadis yang mengingatkan gua supaya bangun bersahur..Cantik dan elok laku gadis ini.Namun Gua termanggu seketika.Dalam hati berkata Adakah dia yang akan menjadi bidadari yang akan menghiasi syurga yang bakal gua cipta, ataupun menjadi buah khuldi terlarang untuk gua. Wanita kadang ibarat syurga yang akan menjadi kerengkeng kepada neraka.... 
" Aku memohon keampunanmu dan petunjukmu ya Allah...Aku hanya manusia yang kau anugerahkan rasa ini. Kau kekalkan cinta yang aku rasa ketika ini jika ia tidak menggangu cinta aku pada-Mu. Kalau sebaliknya kau lemparkanlah ia sejauh-jauhnya supaya aku dapat terus merasakan apa yg aku rasa ketika aku rebah sujud menghadap-Mu.Aku mohon damaikanlah hati ini"

Gua bingkas bangun dan menuju ke bilik mandi.Gua basahkan wajah dengan kesegaran wuduk dan menunggu laungan azan berkumandang untuk gua berdiri menghadapkan wajah pada Pencipta Langit dan bumi dan bersujud hina di depan Yang Maha kuasa di pagi Subuh Ramadhan yang hening..Biarlah tahan mata ngantuk skit,Gua tak nak tidur berselimutkan kulit khinzir.Biarlah Gua selesaikan tanggungjwab ini dulu walaupun hakikatnya gua sedang melawan nafsu tidur yg kuat waktu itu.

Gua merancang hendak berbuka puasa di Masjid Kg.Baru hari ni..keenakan bubur lambuk di masjid Kg.Baru Kuala Lumpur menerjah di ruang tekak ..argghh !!! Tiba-tiba rasa mengidam bubur lambok Kampung Baru yang amat sangat pula ni...Tapi benar, penghuni Kota Langit yang tak merasa keenakan bubur Lambok Kampung Baru di bulan Puasa ibarat macam tak lengkap bulan puasa pada tahun tu...
Sungguh!! Bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang paling indah bagi Gua..Bulan yang membolehkan Gua untuk belajar menjadi Orang Suci...Sudah macam manalah agaknya kotor hati Gua sekarang ni.Manalah tau ada NUR lailatul Qadar terbias sipi, lalu mampu membukakan Ainul Yakin...Amin.

Wallahu A'lam...Teruskan..


REPUBLIK KOTA LANGIT MASIH LAGI DI BAWAH SINAR BINTANG YANG PALING TERANG.....

ANAK HARIMAU JANGAN DIAJAK BERTAMPAR, INGAT-INGAT KUKUNYA.



JALAN PELIHARAKAN KAKI, 
BERKATA PELIHARAKAN LIDAH

Akah, bukan tak tahu!
Jalak bukan sebarang jalak,
Berdiri dia mendada,
Berjalan dia mengepak,
Orang muda julung berkeris,
Pantang dicabar,
Cakap lepas lepas,
Lagak menyombong,
Kokok berderai-derai,
Ekor bergelumang tahi.

ANAK HARIMAU JANGAN DIAJAK BERTAMPAR, 
INGAT-INGAT KUKUNYA.









http://bohemiankl.blogspot.com/

Thursday, August 19, 2010

Bohemian ?????

Selesai Solat Zuhur di Surau Universiti, gua terpandang seorang student yang berumur kira-kira 20 tahun sedang duduk di bangku sebelah rak kasut menyarungkan Dr.Marten Boot nya di kaki . Dia berseluar Levi's vintage yang koyak di lutut dan bekemeja corak kotak-kotak dan melilitkan scarf di leher. Gua tersenyum kerana gayanya persis gua.Berbagai persoalan muncul di dalam kepala.Gua tuju ke arahnya dan menyapa untuk berbual. Cuba mencari jawapan kepada soalan yang bermain di kepala.

" Assalamulaikum, takde kelas ke hari ni?
Takde Bang, kelas pagi je.
"Sempoi lah awak dressing, apa nama trend ni ek?

Dengan muka yang cukup bangga dia jawab...

"Ohh..ini Bohemian bang. knp bang?

"Bohemian tu apa dik?
Bohemian tu org yang dressing mcm ni lah Bang....Cool je nampak kan.

" Ohhhh."






















Bohemian adalah merujuk kepada golongan yang mengamalkan gaya hidup tidak konvensional di mana mereka tidak suka terikat di dalam ikatan kehidupan yang ditentukan di dalam masyarakat semasa yang terikat di dalam pernilaian kejayaan materialistik dan terkongkong di dalam sistem ekonomi kapitalis. Golongan ini mempunyai nilai kemanusian dan insaniah yang tinggi. Mereka juga digelar sebagi BOHO dan MODERN GYPSI.

Aliran fikiran, lontaran idea, luahan rasa dan rupa jiwa di ekspresi dan dieksperimentasikan melalui  wadah seni seperti penulisan karya sastera , pementasan lakonan, muzik, seni lukis, seni arca dan sebagainya. Mereka memilih  untuk hidup sebagai sebagai seorang pengembara, minimalist, seniman jalanan, dan ada juga rela untuk hidup bergelandangan demi mencapai kepuasan hidup daripada perspektif mereka. Bidang akademik juga ramai menghimpunkan golongan Bohemian ini. Ada di kalangan mereka yang menjadi Profesor-Profesor ternama di Universiti2 Terkenal dan ada juga di antara mereka yang lebih cenderung menghasilkan sesuatu idea yang merubah dunia.

Sejarah awal golongan ini berasal daripada Benua Eropah Timur iaitu di satu tempat yang bernama Bohemia Sloveia. Kemudian Istilah Bohemian ini digunakan di dalam Bahasa Perancis dan di popularkan di dalam Bahasa Inggeris pada abad ke 19 untuk menggambarkan gaya hidup non-tradisional dari seniman yang terpinggir dan miskin, penulis, wartawan, artisan, ahli muzik, dan pelakon di bandar-bandar besar Eropah.

Pendapat umum mengatakan bahawa mereka yang berada di dalam aliran Bohemian ini dikatakan sebagai ...

"Golongan yang penuh dengan pandangan dan kecenderungan astistik dan intelektual, yang hidup dan bertindak tanpa memerhatikan peraturan-peraturan perilaku konvensional."
 Golongan ini diibaratkan bagai seekor burung yang lepas bebas. Sebaliknya burung bukanlah bebas seperti yang di sangka.Burung juga masih terikat dgn langit. Mereka bebas menetukan segala pilihan di dalam kehidupan kerana mereka tidak pernah terikat di dalam sistem masyarakat yang sedia ada.   

SESETENGAH PENDAPAT MENGATAKAN BAHAWA GOLONGAN BOHEMIAN INI ADALAH GOLONGAN ANTI-ESTABLISHMENT  YG MENOLAK KEMODENAN DAN KEMAJUAN. Pandangan ini sewajarnya didangkal kerana sebenarnya golongan Bohemian ini adalah agen kepada perubahan masyarakat. Mereka tidak pernah memilih untuk menolak kemajuan tetapi mereka memilih untuk menyeimbangkan kemajuan budaya dan kemodenan fizikal.Hal ini kerana bagi Sang Bohemian kejayaan hidup bukan diukur pada perolehan dan pencapaian material...Sebaliknya kebahagian dan kejayaan hidup yang sebenar apabila individu itu berjaya "HIDUP DENGAN SEADANYA"


Memahami sikap BOHO  agak complicated kerana mereka  ini sememangnya sukar dimengertikan.Tindak tanduk mereka selalu di luar dugaan. Namun sebaliknya golongan ini mudah memahami orang lain. Boho penggemar kepada gaya yang unik dan sesuatu yang punyai nilai-nilai seni yang tinggi. Mereka berpendapat bahawa kepentingan di dalam mempamerkan gaya berpakaian trend Bohemian adalah 20%, Tingkah-laku (attitude) 30%, dan kebebasan berfikir adalah 50%. Jadi jelas di sini golongan Bohemian yang Asli terdiri daripada kalangan orang-orang yang gemarkan pengembaraan fikiran. KEBANYAKKAN DARIPADA MEREKA TELAH MENGALAMI KEHIDUPAN YANG BERANJAU SEJAK DARI ZAMAN KANAK-KANAK.Oleh itu mereka sentiasa di dalam QUEST mengenali diri....Lebih kurang mcm lagu ni lah...



Mungkin ramai POSER Bohemian diluar sana tidak mengerti betapa kebebasan berfikir sgtlah penting di dalam dunia Bohemian. Dengan memakai Vintage Jeans Koyak di lutut , berkemeja corak kotak2, scarf di leher, Dr.Marten Boot atau pun Sneaker All-Star tidak bermakna seseorang itu Bohemian.Ia bukan lah disempitkan dengan trend berpakaian sahaja seperti yang difahami oleh ramai org pada hari ini. Sebaliknya Bohemian itu adalah satu trend gaya hidup yang sangat halus dan terlalu tinggi pengertiannya. Mereka bersahabat dan bersatu dengan alam.Namun berpakaian gaya Bohemian adalah satu kesempatan yang tepat bagi masyarakat moden yang tertarik untuk menjadi kreatif dan obses kepada feshen tanpa perlu mengorbankan identiti mereka....Mungkin akan kelihatan sedikit canggung bila anda nampak seperti Sang Bohemian tetapi anda mengatakan anda tidak suka kepad aktiviti MEMBACA ataupun anda tidak tahu TERUSAN SUEZ itu dimana.......

Teruskan.... :)










           

                                           

Monday, August 16, 2010

Gua bercerita Tentang Buang Bayi .....

Jantan : Sayang , i promise you..whatever happen in future i will be responsible. Now i want you to be mine...I dont want anyone else come between Us. ....

Innocent Girl : Yes Syg..U can do anything to me.I AM ALL YOURS...

( valentines Day / New Year Eve/ Merdeka Eve - late night famous loving couples quotes)

7/8/9  Month Later...............

Kes buang bayi catat peningkatan

2010/08/17

KUALA LUMPUR: Ketika gejala buang bayi hangat diperdebatkan di kalangan masyarakat, perangkaan kes pembuangan bayi mencatatkan peningkatan dengan penemuan mayat bayi perempuan dalam beg galas di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara, kelmarin, adalah bayi ke 65 yang dibuang tahun ini.

Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, daripada 65 kes pembuangan bayi di seluruh negara sepanjang tahun ini, 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang tahun lalu, 79 kes direkodkan di seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya.

Katanya, sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214 bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati.

“Kes buang bayi menunjukkan peningkatan kebelakangan ini. Ia membabitkan pasangan rakyat tempatan, malah dilakukan warga asing.

“Pada tahun ini saja, 21 orang ditahan atas kesalahan membuang bayi yang mana enam sudah dituduh dan dua dijatuhkan hukuman,” katanya di pejabatnya, semalam.

Sebelum ini, Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Mohd Bakri berkata, polis mempertimbangkan menyiasat kes buang bayi mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307.

“Peguam Negara memberikan kenyataan (buang bayi diklasifikasikan kes bunuh jika menyebabkan kematian). Ketua Polis Negara juga mengeluarkan kenyataan sama sebelum ini,” katanya.( BERNAMA)

Hmm.. 3 kali gua berhadapan dengan keadaan di mana ada di antara teman-teman gua nak buang baby dalam perut dan 3 kali tu,Alhamdulillah gua berjaya selesaikan.Gua bawak diorang jumpa mak bapak masing-masing dan berterus terang bahawa nasik dah jadi bubur..mereka harus dinikahkan.Jika tidak pasti anak di dalam perut akan lahir menjadi seorang anak yang yang tidak ber BIN ataupun ber BINTI. Walaupun pada hukumnya anak-anak ini hanya boleh di berikan BIN ataupun BINTI Abdullah...
Malangnya tanpa gua sedari seorang daripada teman yg sgt baik dgn gua telah pun 2 Kali buang baby dalam perut .Beratus kali dah GUA sekolahkan, tapi  ia tetap berlaku.Apakah dayanya seorang teman selain daripada melarang dan menegah.Pada hari ini teman gua itu masih mampu tersenyum, bersuka ria, berfoya-foya dan berpesta sakan di dalam kelab-kelab besar di Kota Langit utk mengisi jiwa kosongnya...

Terkenang suatu masa dahulu Gua juga pernah menjadi Komuniti Temasya dan Pesta itu..Tapi Alhamdulillah...ada sedikit cahaya keinsafan terbias lalu membuatkan gua terfikir utk merubah menjadi seorang lelaki yang lebih suci dan kembali kepada Fitrah...Harapnya dikuatkan segala keyakinan dan azam yg diberikan.

Bagi gua membuang bayi di tepi sungai, longkang, tong sampah, atapun di mana-mana pun dosanya sama saja bagi mereka yang buat ABORTION tanpa sebab...Masa bercinta memang semua fikir nak sedap..tapi bila dah jadi budak dalam perut..kaget dan hilang segala kewarasan fikiran. Sangat menyedihkan..ada pasangan yang berkahwin..bertahun-tahun tunggu nak dapatkan zuriat.Tapi Allah tak berikan lagi.Tapi yg dah dapat ni..campak baby dalam sungai mcm campak plastik sampah...Membuang plastik sampah ke dalam sungai itu adalah satu dosa...inikan pula membuang bayi yang tidak berdosa.Ianya adalah dosa yang akan membebankan seluruh masyarakat...

Agaknya sape yang punya salah ye?

Benarkah Bahan tontonan remaja menjadi punca utama berlakunya tindakan buang bayi ni?

Ataupun ruang kebebasan yang keluarga berikan menyebabkan remaja  hilang kawalan diri ?

Ataupun mungkin masyarakat kita ni dah hampir BER-EVOLUSI lalu mengubahkan rupa bentuk mereka menjadi Spesis baru yang lebih hina daripada segala kejadian yg hina?

Modernization + Urbanization = Moral Deduction --->> Funeral Of Moral

Cuba hayati dan insafi ini....Siapakah yang lebih Hina? Baby Dumpsters ataupun Haiwan?



Sesungguhnya Kita ada kuasa...kita ada kuasa untuk mengubah keadaan ini.
APAKAH KUASA YANG KITA ADA?

kita angkatkan tangan dan berdoa kepada Allah semoga MALAPETAKA ini berhenti....Kita hentikan semuanya bersama...Itulah senjata dan Kuasa kita.

Let's raise our hands and make Do'a

Like the Prophet taught us And with one voice...
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

"Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang menjadi pegangan bagi setiap urusanku. Perbaikilah duniaku yang di situlah urusan kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang ke sanalah aku akan kembali. Jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan kesempatan untuk memperbanyak amal kebajikan, dan jadikanlah kematianku sebagai tempat peristirahatan dari setiap kejahatan."


Teruskan....InshaAllah.





Thursday, August 12, 2010

Rintihan gelandangan

Rintihan gelandangan

Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail dan Sarah Sulaiman
2010/08/11

KUALA LUMPUR: Kami bukan malas, kami ada pekerjaan, tetapi pendapatan kami kecil tidak mengizinkan kami menyewa rumah yang harganya mahal di ibu kota ini, kata Kamarul, 60, seorang daripada golongan gelandangan yang menjadikan kaki lima di bandar raya ini sebagai tempat tidur mereka.

Kamarul berkata, kira-kira 40 peratus daripada ribuan golongan gelandangan yang berada di ibu kota mempunyai pekerjaan dan pendapatan mereka dianggarkan RM1,000 sebulan. Beliau berkata, disebabkan desakan hidup kerana menyara anak yang masih bersekolah di kampung dan ada yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, mereka mengambil keputusan untuk tidur di kaki lima dan kawasan lapang kerana wang gaji yang diperoleh tidak cukup untuk menyewa rumah. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu faham, tidak semua golongan gelandangan yang tinggal di kaki lima adalah penagih dadah atau pengemis.

Kami mempunyai kerja tetapi gaji yang diterima tidak membolehkan kami untuk menyewa rumah yang mahal.

Sebab itu, kami meminta jasa baik KWPKB supaya dapat membantu kami menyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang harganya sekitar RM125 sebulan, katanya kepada Sentral di Puduraya di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, ribuan golongan gelandangan terkilan dengan KWPKB yang didakwa tidak menunaikan janji bagi membantu golongan terbabit mendapatkan rumah PPR.

Katanya, dua bulan lalu seorang pegawai atasan KWPKB bergelar Datuk mengunjungi mereka dan menyatakan akan membantu golongan gelandangan terbabit mendapatkan rumah PPR.

Janji hanya tinggal janji kerana apa yang dinyatakan tidak bersungguh kerana tidak ada sebarang dokumen yang diisi dan maklumat berkaitan mereka yang diambil KWPKB, katanya.

Seorang lagi gelandangan yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 45, berkata golongan itu kini hidup seperti pelarian apabila JKM melakukan operasi dua kali seminggu menahan mereka.

Waktu tidur kami terjejas dan mengganggu kerja kami pada siang hari, katanya.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, kebanyakan golongan gelandangan mempunyai tanggungan, cuma mereka tidak mampu untuk menyewa rumah yang mahal di ibu kota.

Apabila ditangkap kami akan ditahan hingga lewat pagi dan pemandu lori seperti saya pasti mengantuk ketika bekerja.

Kami juga sedih dengan layanan diberikan ketika kami ditahan dalam operasi itu. Kami faham imej bandar raya Kuala Lumpur tercalar apabila kami tidur di kaki lima tetapi bukan ini yang kami mahu, ia lebih kepada desakan hidup, katanya.

Iskandar, 48, berkata golongan gelandangan kini terpaksa bergilir-gilir tidur disebabkan bimbang ditangkap JKM.

Bayangkan apabila ditangkap semua dokumentasi kami diambil hingga lewat pagi dan keesokannya kami perlu bekerja. Sudah tentu kami letih sedangkan kami perlu bekerja bagi menyara keluarga.

Kami berharap kerajaan dan KWPKB mengambil perhatian serius terhadap masalah kami. Golongan gelandangan seperti kami boleh menyewa rumah PPR yang harganya RM125 sebulan, katanya.