Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Thursday, June 24, 2010

Mengejar Kejora...

Berlari aku mengejar kejora
Langkah yang panjang tak kenal kecewa
Kadang tersungkur terhumus ke tanah
Pantas ku bangkit dan kembali gagah....

Kejora bersinar di langit terang
Sang bulan tersenyum memancar riang
Memberi ilham menambah perangsang
Untuk teristimewa impian cinta...

Kau Tunggu aku jadi sempurna
Moga aku mampu mencipta syurga

Namun aku tetap manusia biasa
Kalah menang itu biasa
Tak mampu berlari aku menapak
Walaupun longlai tetapkan ke sana....
p/s : Dah lama gua tak compose lagu..Santai2 petik guitar dan memikirkan kisah seorang teman seperjuangan yg berjuang untuk menamatkan Thesisnya, terpancul ilham untuk hasilkan lagu ni....InsyaAllah Weekend ni siap agaknya edit utk recording bodoh2. My new housemate membuatkan gua semakin teruja untuk kembali "BER BUSKING di CENTRAL MARKET"
Dah lama tak melontarkan kata pada keriuhan hiruk pikuk warga Kota Langit...

Wednesday, June 23, 2010

Gua bercerita Tentang 'Kaya' .....

Masa gua kecik-kecik dulu gua selalu berangan bila gua besar gua nak jadi kaya.Tapi masa jadi budak kecik dulu, nak jadi kaya yang macam mana gua tak pernah tau.Yang pasti pada masa tu gua ingat, kalau gua ade sebiji rumah banglo yang ada swimming pool,sebijik kereta sport, dan sebijik Superbike dah boleh dikira kayalah.Gua selalu cakap dengan kawan-kawan gua,bila umur gua dah 25 nanti gua akan ada semua tu.....
Tapi malangnya sampai skarang bayang daripada tu pun gua takde :) ...

Pada satu malam...gua melepak sorang-sorang di Luna Bar, Darby Park KL.Mata gua terpaku pada pasangan kekasih.Bangsanya Melayu, tetapi agamanya Gua tak pasti.Tapi yang pasti Si Dara sangat Jelita.Dara atau tidak itu pun gua tak pasti.Agak-agak dalam awal 20-an umurnya.Boleh gua ketegorikan Sebagai Ratu.Sang Terunanya pulak pada pandangan gua pasti sudah mempunyai anak teruna yang sebaya dengan gua...Kepalanya memancarkan sinar di bahagian tengah,perutnya seakan terkena santauan busong dan bulat seperti ada bola di dalamnya dan rupa parasnya pulak..haha!! macam Lembu Jantan nak mengawan tapi lembu betina datang bulan..

Gua tersenyum sendiri.Pengadilan moral cuba gua elakkan.Tapi biasalah walau macam mana kita nak elakkan pun pengadilan moral terhadap seseorang...sikit sebanyak terlintas jugak.Hati kecil Berkata,Si Dara Jelita pasti takkan memandang si Teruna berperut bola jika Si Teruna tidak menyediakan suppliment Card yang mempunyai credit Limit RM20 K sebulan dan sebuah RX8 beserta Service apartment yang menghadap Menara Kembar.Bagi Sang Teruna Berperut Bola,apalah sangat dengan pelaburan yang sebegitu jika dibandingkan dengan nikmat yang dirasa selepas malam menjelma...Sang Dara Jelita pula mungkin ada menyimpan rahsia..mungkin malam untuk Si Teruna Berperut Bola dan bila siang menjelma Sang Dara Jelita akan mula menghubungi Teruna Impian pengarang jiwa...Kerana pabila fajar menjelma Sang Teruna Berperut bola sibuk dengan urusan menjaga hartanya...Ah..Terlalu jauh Gua membuat telahan...Tapi itulah hakikat yang Gua pandang setiap hari di depan mata...

Satu ketika dahulu, Dara Jelita yang gua perhatikan pernah cuba bermain mata.Gua saja yang tak mahu jatuh dalam perigi buta kerana gua tau banyak sangat kaca dan duri yang berbisa yang mampu membuatkan gua binasa.Malam-malam gua di Kota Langit memang sentiasa menarik ceritanya.

Kaya...Ramai yang jadi buta dan lupa bila sudah kaya.Gua tak boleh nak nafikan hakikat tu.Memang sukar nak jadi diri kita sendiri bila kita dah jadi makin kaya.Perasaan Bongkak,angkuh dan tinggi diri tu adalah sahabat karib yang pertama yang akan cuba mendekati kita bila kita dah kaya...Sikit sebanyak itu yang pernah gua rasa..Daripada seorang budak kampung yang takde apa-apa jadi seorang yang dicari oleh sebilangan orang-orang penting di tengah kota Langit.Akhirnya semua tu hilang sekelip mata, lantaran kerakusan di alam Ringgit Kasorga.Moga Ringgit takkan membebankan kehidupan Gua lagi.Demi Ringgit!! Sesungguhnya ramai Insan Kota Langit berada di dalam Kealpaan.

Semoga hati gua kuat melawan godaan-godaan pelesit di Kota Langit ini...Sekali Lagi.

Gua masih belum benar-benar Sampai....Tapi perjalanan gua untuk ke situ sudah makin hampir.Hala tuju gua dah semakin jelas.Hampir ke tempat yang di tuju.Semoga Cahaya daripada Langit akan menyinari perjalanan gua untuk ke situ.Gua benar-benar perlukan kekuatan,kebijaksanaan dan ketabahan waktu ini...

Teruskan...

Sunday, June 20, 2010

ABAH: DEDIKASI SELAMAT HARI BAPA UNTUK SESEORANG YANG DIPANGGIL ABAH...

Gua masih dianggap bertuah kerana dalam usia yang begini gua masih lagi berpeluang untuk melihat wajah insan yang banyak berkorban di dalam membesar dan memberikan hidup kepada kami adik beradik iaitu seorang HERO yang selayaknya kami adik beradik memberikan segala kebahagiaan di dunia ini untuk beliau...ABAH..Mungkin perkataan keramat ini lah yang mula-mula sekali gua pandai menyebutkan selepas perkataan MAK...Gua sangat bangga menjadi anak kepada ABAH.

Gambar diatas ini adalah abah gua.Tuan Haji shamsudin bin Ahmad,lelaki hebat yang dilahirkan pada 4 Oktober 1944 di Klang Selangor. Beliau bapa kepada 8 orang anak,iaitu 6 lelaki dan 2 perempuan,yang masing-masing anaknya berusia dari 44 tahun hingga 27 tahun.Bapa gua mungkin cuma lelaki tua biasa di mata orang lain,dia bukan jutawan,dia bukan hartawan dan juga bukan cendiakiawan...tapi di mata gua, abah gua adalah HERO yang lebih hebat dari segala HERO yang ada.

Hebatnya abah saya mungkin tak dapat gua atasi. Mungkin gua hanya dapat menandingi sekilas saja daripada kehebatannya. Walaupun abah gua cuma seorang penjual ikan di pasar, namun beliau mampu memberikan pendidikan yabg sempurna untuk 8 orang anak. Abah disokong oleh seorang wanita hebat yang mana hanya sebentuk cincin suasa sahaja yang menghiasi jari manisnya sebagai tanda cinta...selebihnya wanita itu pasti akan memikirkan tentang keperluan dan kehendak anak-anak.Tidak pernah sekali wanita itu bersungut tentang kesusahan yang dilaluinya bersama ABAH di dalam memberikan kehidupan kepada anak-anak.

Kata Abah yg tak boleh gua lupa.. " Lelaki harus jadi Lelaki.Nak jadi lelaki terhormat kena jadi bijak. Nak jadi bijak kena pandai macam mana nak hidup. Bukan TIDUR je siang dan malam.Zaman aku dulu masa sebaya kau, aku nak cari duit belanja kena panjat pokok kelapa.ARWAH atuk Mat kau sindir ABAH sekali je, abah nak malu tak boleh nak angkat muka..tapi kau..TIDUR je siang malam!!! " hahaha!! dengan kata2 keramat tu lah yang membuatkan gua bangun dari tidur dan mula belajar mcm mana nak jadi org bijak.Nak tunjukkan kat ABAH yang gua dah tak tidur lagi....

Kata Mak, gua sangat sama dengan ABAH.Dari wajah sampailah ke perangai dia. Sebab tu lah Gua mmg selalu tak sependapat dengan ABAH dan jarang berborak dengan ABAH. Tapi bila sekali ABAH bercakap dengan gua..bahasa ABAH pasti menerusuk masuk ke dalam.Penuh dengan hikmah.ABAH bukan jenis lelaki yang suka tunjukkan kasih sayang dia pada anak2 dengan belaian fizikal ataupun memanjakan kami dengan material. Tapi kami adik beradik tahu yang ABAH sangat sayangkan kami. ABAH sanggup buat apa saja demi memastikan anak-anak ABAH dapat belajar ke peringkat yang tertinggi.....

SELAMAT HARI BAPA
UNTUK ABAH YANG SANGAT SAYA SAYANGI DUNIA DAN AKHIRAT,,,,,


Gambar di atas ini pula ialah Abang Long gua.Tunggak adik beradik kami.Beliau Juga seorang abah.ABAH kepada ATIKA,AMIR NAUFAL,AMIR FIRDAUS, DAN AMIR SHUKIE.Beliau sangat baik,lemah lembut ,penyayang dan penyabar.Gua lah orang yang paling selalu mencabar kesabaran dia.Biasalah, itu adat Si Sulung dan Si Bongsu. Hehehe!

Beliau di lahirkan tanggal 19 Jun 1966.Happy Belated Birthday Abang Long.Beliau adalah idola kami dalam pendidikan,Beliau menjadi contoh terbaik untuk kami.Apabila beliau merupakan antara anak kampung dr keluarga yang berpedapatan rendah berjaya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika syarikat dalam bidang ekonomi dan kewangan pada tahun 1985.Bapa kepada 4 orang anak ini juga seorang yg sangat bercita-cita tinggi,hebat dan berkarisma.

SELAMAT HARI BAPA ABANG LONG.... I WISH YOU CAN BE A SUPER DAD!


Lelaki yang memakai kemeja-T Berkolar ini adalah Abang Ngah Saya.Beliau juga adalah seorang ABAH.Nama beliau Md.Salleh bin Shamsudin. Beliau adalah ABAH kepada SITI AISYAH,MUHAMAD AIMAN HAFIZ DAN MUHAMAD ARIF ARSHAD.Bapa yang bermur 42 tahun ini adalah seorang ABAH yang sangat penyayang dan juga ABANG yang sangat banyak berkorban untuk adik beradik yang lain.Gua takkan boleh lupa, semasa Abang Long masih lagi di Amerika, Abg Ngah lah yang byk memikul tanggungjawab sebagai Abg yang sulung di dalam keluarga sehinggakan gua menyangka Abg Ngah adalah Abg Long.Sebabnya masa Abg Long berangkat ke US gua masih sgt kecil dan Abg Long mengambil masa 10 tahun untuk cari jalan Pulang balik ke Malaysia.hehehe!!!.Abang Ngah lah yg bawak gua, Am, dan Bari makan Mc'Donald buat pertama kalinya di Pasaraya Fajar , Abg Ngah lah yang bawak kami adik beradik beli baju raya dan Abg Ngah lah jugak yang banyak membantu pembelanjaan pengajian Kak Intan dan Kak Ya di University...( AIR MATA GUA MENITIK BEB..ARGGHH!)

Gua sayang gile kat abang Ngah. Abg ngah adalah icon untuk seorang Abang yang byk berkorban untuk adik-adik.

SELAMAT HARI BAPA ABG NGAH-SEMOGA ALLAH MEMURAHKAN REZEKI ABG NGAH SEKELUARGA!!


Siapakah pula lelaki ini? Lelaki ini juga adalah seorang lelaki ,ABAH,ABANG,ANAK, dan CUCU yang sangat HEBAT.Lelaki ini ialah Abang saya dan juga ABAH kepada IZZAH DURRA dan IZZAT HARITH.Nama lelaki ini Mustafa Ahmad Bin Shamsudin. Berumur 36 tahun.Beliau adalh seorang yang agak tegas tapi penuh dengan kemurnian hati dan sifat pemurahnya.Tanpa beliau gua tak mungkin dapat melanjutkan pengajian gua dengan sempurna di University. Beliaulah yang menanggung belanja bulanan gua, bayar duit motor gua, dan beliau jugak lah yang memberikan gua segala akses yang istimewa yang mana adik-beradik lain tak dapat sewaktu belajar di Alam campus.Gua sangat hormat denga lelaki ini.dengan kata lain, di dalam keluarga selain daripada ABAH, lelaki ini sajalah yang dapat emngendurkan sifat ego gua dan perasan bagus gua.Sebab gua tahu, gua tak mungkin dapat menandingi dia di dalam memberikan kebajikan kepada Mak dan ABAH dan budi yang dia bagi kat gua tak mungkin gua dapat membalasnya sehingga bila-bila.Gua nak dia tahu yang gua sangat sayangkan dia walaupun gua selalu buat dia kecewa (adUH..MENITIK LAGI AIR MATA GUA..ARGHH!!)

ABG TAPA, SELAMAT HARI BAPA...GUA JANJI GUA CUBA JADI SEORANG ADIK YANG LU NAK!!!!

DAN DI WAKTU INI, GUA TERMENUNG SAMBIL MATA GUA MASIH LAGI BERAT MENAMPUNG AIR MATA YG GUA TAHAN, MEMIKIRKAN BAHAWA SUATU HARI NANTI GUA JUGA MUNGKIN AKAN MENJADI SEORANG BAPA...ADAKAH ANAK2 GUA NANTI AKAN BERBANGGA MEMPUNYAI BAPA SEPERTI GUA SEBAGAIMANA GUA SGT BANGGA MEMPUNYAI BAPA SEPERTI "ABAH"

Teruskan..........................