Isu Azwan Ismail:
Orang Islam beriman dengan Allah. Berpandukan Al-Quran adn As-Sunnah.
Bukan pada Hak Asasi Manusia yg dibentuk melalui Pakatan Protocol Of Zion yg tercipta pada tahun 1901 di Geneva.Tanpa kita sedari Human Right pada hari ini sekan mengatasi Hukum Al-Quran dan As-Sunnah.
Jika Si Homoseksual Azwan Ismail benar-benar tidak mampu untuk melawan gejolak pertentangan perasaan di dalam batang tubuhnya, dia tidak perlu untuk menjadi terlalu jujur dengan merakam pengakuannya dan memuat naikkannya di dalam Youtube. Dosa dan Pahala bukan Allah sahaja yg tahu..Org Islam telah pun diberi panduan Al-Quran dan As-Sunnah juga akal untuk membezakan dosa dan Pahala...Jujur dengan belenggu perasaan sgt bahaya kerana Perasaan kita itulah menjadi tempat bergayutnya Sang Lucifer.Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa..Jadi Ikut Al-Quran dan As-Sunnah....Gua juga berfikiran Liberal.Tetapi hukum tetap Hukum.
Isu Syiah yg duikatakan Sesat:
Cukup dengan lirik Dari Lagu Tanya Sama itu Hud-Hud dari Sifu gua ini untuk mentafsirkannya :
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh..
Tiga Puluh....
Uhh.Sang Algojo....Uh..Nanti Dulu!
Fikirkan...
Gua cuma Sang Bohemian yg selesa dengan Vintage Blue Jeans dan Plain White T..Bukanlah seorang Mufti. Everything is just My 2cents Thought.
Teruskan....
Mulakan.....
Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..
Thursday, December 23, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Bidadari Besi Mencipta Sejarah...
Post ni khas ditujukan untuk Seorang gadis
yang sedang struggle belajar mengejar impiannya menjadi seorang Doktor perubatan.
Gadis itu gua panggil dengan nama Bidadari Besi
dan dia memanggil gua dengan gelaran Cikgu walaupun gua tidak pernah mengajarnya secara formal.
Dia bukanlah teman istimewa gua. Namun dia ada keistimewaannya. Bidadari Besi adalah seorang Gadis yang gua kenal melalui dunia blogger ini. Gua tidak pernah jemu membaca post yang terpapar di paparan muka blognya. Penulisannya boleh gua katakan unik dan tinggi nilai bahasanya.
Dia sangat pandai mengait dan menyulam bahasa.
Hari ini gua menerima sepucuk Poskad dari Zagazig Egypt.
Poskad ini diterbangkan jauh oleh Si Bidadari Besi.
Bidadari Besi mencipta satu sejarah hari ini.
Sejarah yg kecil di dalam hidup gua.
Namun ia tetap masih layak dipanggil sejarah.
Mengapa gua katakan dia mencipta Sejarah ?
Kerana sepanjang 27 tahun gua hidup
inilah kali pertama gua menerima sepucuk Poskad dari seseorang teman yg berada di perantauan.
Walaupun berpuluh-puluh teman-teman gua yg ada di overseas
tapi ni lah kali pertama gua terima sepucuk poskad dari seberang laut.
Tersenyum gua sorang-sorang.Rasa kelakar pun ade gak.
Walaupun berpuluh-puluh teman-teman gua yg ada di overseas
tapi ni lah kali pertama gua terima sepucuk poskad dari seberang laut.
Tersenyum gua sorang-sorang.Rasa kelakar pun ade gak.
Sebenarnya, bukan poskad itu yg menjadi kiraannya...
But the thoughts that's count..
Terima Kasih di atas ingatan Bidadari Besi.
Semoga Tuhan memudahkan perjalanan kamu untuk menuntut ilmu di sana.
Semoga Ilmu yang dituntut menjadi bekalan untuk mencipta masa depan.
InshaAllah bila hampir tiba hari bahagia gua dgn Phoenix nanti, akan gua layangkan Kad jemputannya untuk kamu di Zagazig.
Teruskan...
Diamlah Bangsat ....Bagi betis mahu peha.
Boleh berikan saya 5 naskah novel 'INTERLOK' dengan segera. Saya ingin memberikannya kepada kawan2 saya yg meringkuk di dalam penjara kerana disyaki membunuh Dato Sosilawati dan rakan - rakannya. Mereka Sungguh bosan di dalam penjara.
Oh, tambah dua (2)naskah lagi untuk bapa2 ayam yg saya gajikan untuk menjaga Call girl2 saya. Sekurang-kurangnya mereka faham 'Pariah' tu maksudnya apa. Pastikan naskah-naskah itu sampai kepada mereka dengan segera. Jika tidak sampai kepada mereka saya akan bakar novel itu di hadapan bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Benar
T.M
P/S : Lu Byk bising lah T.M
Monday, December 20, 2010
Untuk gadis-gadis yg pernah Aku Cintai...
To all the girls i've loved before,
from the Bottom of my purest heart,
I must confess to some I know
I should have been a better man.
I will also feel I can say this with all honesty,
It was the love of past that has made me the man I am now
and I always tried my best to make every woman
that has ever been in my arms feel as though she was a queen.
Wish only that I could tell everyone of them
what they have and still mean to me.

Thursday, December 16, 2010
TEROPONG FILEM :Warkah Untuk Brader Mamat Khalid Yang Berseni. Hantu Kak Limah Balik Rumah
Salam Abg Mat,
Gua memperkenalkan Karya2 filem Parodi Abg Mat seperti Man Laksa, ZKP, Estet dan Terbaru HKLBR pada teman-teman saya yg bukan berbangsa melayu, ramai di kalangan mereka memuji karya Abg Mat dgn mengatakan bahawa nilai seni Parodi filem Abg Mat ternyata punyai kelas yg tersendiri. Bukan Parodi bodoh semata-mata seperti yang dihasilkan oleh sesetengah pengarah-pengarah Melayu hari ini. Minta maaf gua katakan, Pada pandangan gua lawak2 Parodi Filem2 Senario selepas Senario Lang Buana arahan Abg Mat amat menjengkelkan dan benar-benar meloyakan. Tapi peliknya Filem2 inilah yang meletop kutipannya di Panggung.
Kekecewaan Abg Mat dengan kutipan Filem Estet juga gua rasai. Pada pandangan gua Estet adalah satu filem yang punyai nilai seni dan unsur pengajaran di dalam masyarakat Malaysia yang tinggi. Gua dapat memahami apa yg cuba di sampaikan oleh Abg Mat. Tapi sayang sekali rakyat Malaysia masih belum pandai untuk memilih Filem yang hebat untuk di tonnton.Rakyat Malaysia masih lagi terkongkong dalam kepompong wajah komersil di dalam filem. Gua agak kecewa apabila melihat jumlah kutipan yang diperolehi oleh Estet selepas tamat period Wajib Tayang. Dalam hati Gua berkata, Sekali lagi Rakyat Malysia gagal mentafsirkan sebuah garapan filem yang baik.Mungkin juga waktu tayangan yang tidak sesuai dan promosi yang kurang tidak membantu melakukan filem ini di panggung.
Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) adalah satu lagi Filem Parodi yang hebat. Tahniah Abg Mat. Watak Usin dan Pak Jabit mmg sgt menarik dan lontaran2 skripnya penuh dengan makna2 yang tersirat.Gua sentiasa berharap agar Abg Mat menghasilkan Byk lagi filem2 bukan semata-mata untuk meraih keuntungan sebaliknya sebagai satu medium untuk merubah pemikiran masyarakat. Kerana filem yang jujur merupakan satu gambaran yang sebenar di dalam satu masyarakat.
Tahniah Abg Mat.
P/S : Bagi Gua SKRIP Puteri Gunung Ledang Abg Mat adalah salah satu Magnum Opus di dalam Industri Filem Melayu.
Tuesday, December 14, 2010
SURAT KEPADA KETUA MENTERI MELAKA
Salam dato' seri Mohd Ali Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka
Peruntukan memajukan pelancongan negeri Melaka mencecah puluhan Juta Ringgit boleh diadakan bila-bila masa sahaja.Mendengar khabar di dada-dada akhbar dan media massa baru-baru ini Melaka mencapai status negeri Maju. Hmm, dan dengar khabarnya juga tak lama lagi Hard Rock Cafe ciptaan Yahudi itu pun akan membuka cawangannya di Melaka. Tahniah ...Dato Seri.
Tetapi Saya tertanya, tiadakah peruntukan untuk memperbaiki dan menurap JALAN untuk penduduk di kampung saya iaitu Kampung Berangan Enam Umbai Melaka yang hidup segan mati tak mahu nampaknya.Dengan lebih tepat mengikut bahasa orang Melaka, Jalan di kampung saya mcm CELAKE saja rupanye. Penuh dengan lubang2 dan tebing jalan yang tinggi.Apabila hujan lebat keadaan ini boleh menyebabkan banjir. Selaku anak kampung yang merantau di Kota, dan pulang ke kampung sekali sekala, keadaan ini sangat menyakitkan hati dan mata saya. Bagaimana pula lah agaknya org kampung saya yang menghadapinya hari-hari.

Buat pengetahuan Dato Seri Org Kampung saya majoritinya dah menjadi ahli UMNO SEUMUR hidup.Wajarkah mereka dilayan dengan sebegitu rupa?
Saya tertanya-tanya lagi. Tiadakah peruntukan untuk kemakmuran rakyat? ataupun peruntukan memang sengaja lambat diagihkan? Satu patern yg saya selalu perhatikan APABILA DAH DEKAT MUSIM PILIHAN RAYA baru lah semua jalan di kampung2 di perbaiki dan diturap kembali. Adakah penduduk kampung hanya dapat mengecapi keselesaan sewaktu pilihanraya menjelma sahaja? Jika Dato Seri benar seorang JUARA RAKYAT saya harap benar Dato Seri dapat menjawab pertanyaan MARHAEN BIASA seperti saya ini.
Sekian,
Yang benar,
Sang Bohemian
PERJANJIAN SETAN BIK MAMA
Looking forward to shoot my 1st Indie Film with the title "Perjanjian Setan Bik Mama" I need an actress ,a women age between 45 to 55 to play the role of BIK MAMA.She must be Fat and short, big ass, evil look, and the most important thing she know how to sing "If Tomorrow never comes ".
Friday, December 10, 2010
Capitalist Licking Good
KFC Holdings (M) Bhd which recorded an income of more than RM1.83 billion in the 1st 9 months of this year, hopes to by year-end, open 38 KFC restaurants throughout the country at an investment of RM45 million.'HMM..BUT THIS CAPITALIST IS STILL PAYING RM 4.00 PER HOUR FOR THE CREW, WHAT A RUBBISH!
Saturday, December 4, 2010
Kapitalis Kapitalis Kapitalis....
Government Statement : The prices of Ron95 and diesel have increased by 5sen per litre while liquefied petroleum gas (LPG) and sugar will go up by 5 sen per kg and 20sen per kg respectively.
My statement : A genuine democracy is an active, growing, progressive force responsive to the will of the people. Hmm, i think this is the gift for those who voted them in Galas and Batu Sapi..
Ape lah sangat kesan kenaikan harga petrol, gula dan Gas memasak kepada tokey2 besar, Pak-pak menteri, Pengarah-Pengarah Urusan Sayarikat GLC, Tan Sri- Tan Sri, Dato- Dato, dan Kroni-Kroni ampu kanan ampu kiri. Makan minum mereka, minyak kereta mereka semuanya ditanggung beres. Segalanya dijaga rapi. Agaknya tidak pernah duduk makan di meja makan rumah sendiri. Maklumlah , menjadi tetamu VVIP pastinya segalanya sudah diaturkan.
Tetapi bagi marhaen yang masih lagi menanti gaji hujung bulan untuk berasa seronok, kenaikkan harga petrol, gula dan gas ini membebankan. Sekali lagi, mengapa harus dibodohkan rakyat dengan membezakan negara kita dengan negara Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Mereka bukan negara pengeluar minyak.Kata Pak Idris Jala, pengurangan subsidi Kerajaan ini akan dapat menyelamatkan negara daripada bebanan hutang dan kebankrupan. Apa yg telah berlaku kepada Greece menjadikan negara berhati-hati dgn kedaan ekonomi semasa lantas menubuhkan PEMANDU untuk meneliti semula dan merencanakan pembangunan ekonomi negara.
Persoalannya mengapa subsisi rakyat yang harus dipandang dan dipertikaikan.Benarkah subsidi yang rakyat terima selama ini yang menjadi beban kepada kerajaan? Mengapa tidak dilihat dan titik beratkan kepada perbelanjaan mengurus dan mengurangkan pembaziran yang berleluasa di dalam kerajaan. Mengapa setiap kali sesuatu pembaharuan dan eksperimen hendak dilaksanakan rakyat yang akan menjadi Lab rat ? Mengapa rakyat yang harus menanggung beban di saat kerajaan menjanjikan kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat ? Mengapa rakyat terus tertekan dengan kesusahan tetapi kapitan-kapitan besar Cina, India, dan Melayu Bangsawan berdekah-dekah riang memegang botol champange meraikan keuntungan ?
Generasi Y sebenarnya sedar dan tidak bodoh.Ini Kapitalis. Mahu tak mahu Kami harus mengakuinya. Hidup di dalam era Kapitalis dan negara yang menyokong kapitalis akan sentiasa membuatkan hati kami berkudis. Tiada apa yang boleh mengembirakan hati Si Kapitalis selain daripada Keuntungan dan kekayaan dan kalau boleh mereka ingin Magis yang dipunyai oleh Raja Midas.Demokrasi yang diberikan kepada rakyat dilacurkan dengan jayanya. Separation Of Power yang seharusnya menjadi Badan Pengawal juga dilacurkan degan murahnya. Jadi, harus bagaimana untuk kita hidup jika keadaan semakin hari semakin menghimpit?
Gua teringat masa gua kecil dulu. Bila berangan-angan menjadi dewasa, gua terbayangkan gua dah menggenggam segulung ijazah dan mempunyai pekerjaan yang setaraf dengan kelayakkan gua. Dan bila gua dah dapat pekerjaan tu, gua mampu hidup mewah dan bahagia. Tapi mengapa kini, bila gua benar-benar dah dewasa dan memperolehi ijazah yg gua idam-idamkan, gua hanya mampu tersenyum kambing bila mengingatkan angan-angan semasa gua kecil.The truth is, Reality bites. Kata mereka, jika rajin belajar dan rajin bekerja kita akan dapat hidup senang. Hmm..percayalah, itu hanya kata-kata penyedap hati. Untuk mencapai kebahagiaan di dalam realiti kehidupan hari ini sebenarnya memerlukan lebih daripada belajar rajin-rajin dan bekerja kuat-kuat. Gua tidak pernah menganggap orang Melayu ini malas. Buktinya, cuba lihat di restoren2 KFC di seluruh Malaya ni. Lihat betapa ramainya org2 Melayu yang rajin bekerja. Tetapi gaji mereka masih lagi RM 4 satu jam. Jika mereka bekerja 12 jam setiap hari selama sebulan gaji mereka hanya RM 1440 dan jika ditolak EPF dan Socso gaji mereka hanya akan tinggal RM1200. Adakah RM 1200.00 Cukup untuk membahagiakan seseorang pekerja yang hari2 bekerja selama 12 jam? Adakah BEKERJA SELAMA 12 JAM ITU TIDAK CUKUP RAJIN ? Dan apabila hujung tahun, KFC HOLDING dgn bangganya akan mengumumkan keuntungan tahunan mereka yang mencecah billion ringgit. Tetapi, pekerja masih dibayar RM 4 satu jam. Bukankah itu KAPITALIS YANG SANGAT BANGSAT!!!!
Hmm..Gua masih berfikir. Sampai bila agaknya mereka akan membiarkan Kapitalis melacurkan demokrasi dan memperkosa ekonomi negara ?
Fikir...fikir..fikir......

Wednesday, December 1, 2010
Tuesday, November 30, 2010
Perkahwinan
Perkahwinan - Khalil Gibran
SEKARANG, CINTA mulai menciptakan puisi dalam prosa
kehidupan, untuk mencipta fikiran-fikiran masa lalu menjadi
nyanyian pujian agar bersenandung siang hari dan menyanyi
pada malam hari.
Sekarang, hasrat menyingkapkan tabir keraguan dari
kebingungan pada tahun-tahun yang telah berlalu.
Dari rangkaian kesenangan, ia merajut kebahagiaan yang
hanya bisa dilampaui dengan kebahagiaan jiwa ketika ia
memeluk tuannya.
Itulah dua peribadi kukuh yang berdiri berdampingan untuk
mempertentangkan cinta mereka dengan kedengkian dari
takdir yang lemah.
Itulah perpaduan anggur kuning dengan anggur warna
lembayung untuk menghasilkan paduan keemasan,
warna cakerawala saat fajar merekah.
Itulah pertentangan dua roh untuk pertentangan dan
kesatuan dua jiwa dengan kesatuan.
Ia adalah curahan hujan jernih dari langit murni ke dalam kesucian alam,
membangkitkan kekuatan-kekuatan ladang yang penuh
berkat.
Apabila pandangan pertama dari wajah sang kekasih adalah
seperti benih yang ditaburkan oleh cinta di ladang hati
manusia dan ciuman pertama dari dua bibir adalah seperti
bunga pertama cabang kehidupan, maka perkahwinan
adalah buah pertama dari bunga pertama benih itu.
(Dari Suara Sang Guru)
~ Khalil Gibran
Monday, November 29, 2010
Gua bercerita tentang Kampong Baru Kuala Lumpur....
Katanya,
ini untuk Kampung Baru ke persada pembangunan abad ke-21!
ini untuk kemajuan kepada pemilik tanah!
ini untuk memastikan warganya tidak ketinggalan!
Ini untuk mereka mengecapi nikmat arus pembangunan negara!
. Kata Kami,
Jaminan apakah yang tidak akan menghilangkan terus hak kami ke atas tanah ini?Bagaimana untuk menentukan kepentingan kami terbela?
Siapa yang menjamin tanah keramat ini kekal di tangan keturunan Si Tuah? Adakah ini kehendak penduduk Kg Kami?
Org luar mungkin mahu kg baru jadi muzium melayu lah, Kampung Warisan lah,
tapi kami tak mau lah kg kami jadi macam zoo atau muzium!
Tanya Mereka dan kroni-kroni tamak mereka,
habis kalau mcm tu apa gunanya ada tanah kat kl kalau pulangan kewangan tiada?Kata Mereka,
Ibarat Si Amerika Syarikat
Mereka boleh musnahkan hijau dan nipiskan langit
tapi suruh negara miskin simpan pokok mereka supaya boleh jadi sumber penyambung nyawa mereka.
Org luar kampung baru jgn jadi macam Amerika!
mahu menafikan pembangunan Kg baru!
Biarlah org kg baru terus berbincang dengan kami
untuk mencari jalan terbaik utk org kg baru sendiri.
Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas
walau kuota 40 peratus akan dicantas
Adakah ini merupakan hajat pemilik tanah Kg Baru sendiri atau adakah ini hasrat kerajaan?
Kenapa Kg Baru perlu dibangunkan, sedangkan ianya adalah sebuah penempatan unik yang memiliki ciri-ciri Melayu kampung di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur?
Bukankah keunikan ini wajar dipelihara dan dijadikan satu legasi “heritage” atau warisan khazanah buat generasi akan datang?
Kalau nak dibangunkan sekalipun, kan lebih baik sekiranya kawasan ini dibangunkan sebagai sebuah kampung tradisi Melayu dan bukannya sebagai sebuah kawasan komersial.
Kita ada banyak perkampungan kaum lain yang telah dijadikan kawasan warisan, kenapa tidak Kg Baru?
Lihat sahaja idea Kerajaan Negeri Melaka menjadikan perkampungan Kampung Morten di tengah-tengah bandar Melaka sebagai sebuah tarikan pelancongan Domestik dan luar negara.
Keunikan Kampung Baru yang berupaya mengekalkan identiti asal walaupun sudah hampir 55 tahun merdeka wajar dipelihara, malah diperkasakan dengan pembinaan semula rumah-rumah bercirikan kampung tradisi Melayu. Ianya bukan sahaja akan meningkatkan kualiti hidup warga Kg Baru, ianya juga berupaya menjadi tapak kegemilangan identiti Melayu bandar yang akan menarik pelancong, meningkatkan harga tanah dan seterusnya mengekalkan hak Melayu ke atas tanah tersebut.
Monday, November 22, 2010
Seksanya menjadi Si Tuah, Malangnya Menjadi Si Jebat ...
Sehingga ke hari ini apabila gua melihat kembali lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,
dan Allahyarham Nordin Ahmad di dalam Filem Hang Tuah dan Hang Jebat, pasti akan ada cecair kristal yg bergenang di kelopak mata.
Segalanya adalah tentang Pengorbanan, Kesetiaan, Kecintaan, Keadilan, Kenegaraan, dan Kemuliaan di dalam memartabatkan kepercayaan adat Bangsa.
Apabila kita bercerita tentang Ceritera Tuah dan Jebat, kita masih terkongkong di dalam persoalan yg klise
" Siapakah yg benar,Si Tuah yg benar ataupun Jebat yng benar ? ".
Memberikan pengadilan moral pada Si Tuah kerana sanggup menikam saudaranya sendiri sehingga mati, semata-mata menunaikan titah Sultan melalui pengadilan di zaman kita adalah satu kesilapan yg sering ramai lakukan.. Tuah hidup di zaman di mana pantang Melayu menderhaka. Penderhakaan Orang Melayu terhadap raja telah dianggap lebih besar dosanya daripada meninggalkan Solat 5 Waktu pada zamannya. Jika ingin dibandingkan dengan zaman ini, samalah apabila disebut sahaja ISA pasti ada beberapa individu yg menggelarkan diri mereka pejuang akan bergetar lututnya. ISA di Malaysia lebih digeruni daripada hukuman di akhirat. Oleh itu tidak hairanlah lebih ramai org berarak dan berhimpun untuk memansuhkan Hukuman ISA daripada berarak dan Berhimpun untuk Mengkaji Semula isu Hukuman MURTAD.
Jgn juga disalahkan Si Jebat kerana menderhaka kepada Sultan. Tindakan Jebat betul pada akalnya cuma apa yg dilakukannya melampaui zamannya. Zaman di mana Raja Berkuasa Mutlak tiada istilah "Raja adil Raja disembah, Raja Zalim Raja di sanggah".Apa yg ada hanyalah "Daulat Tuanku". Oleh kerana itu, misi Si PENDERHAKA yg pertama iaitu Si Tuah di sokong oleh teman-temannya yg lain iaitu Kasturi, Lekir dan Lekiu. Jgn terperanjat jika gua katakan Tuah adalah Penderhaka yg pertama. Alasannya jika dia tidak menderhaka, masakan dia dapat dapat hadir ke Istana Sultan untuk membunuh Si Jebat.Bukankah dia sudah dijatuhkan huuman bunuh ? Jika dia benar-benar seorang hamba raja yg paling setia, pasti dia akan menolak cadangan Mamak bendahara untuk menyembunyikan dia di Hulu Melaka. Bersembunyi di Hulu Melaka bermakna melanggar titah Sultan. Melanggar titah Sultan bermakna dia dianggap MENDERHAKA!
Pada zaman dan era globalisasi yg semakin mencabar ini, kita masih bermain dan dibayangi dengan jelmaan watak2 Si Tuah dan Si Jebat. Terpulanglah pada kebijaksanaan akal untuk melakonkan mana satu watak yg dirasakan lebih diterima oleh masyarakat yg semakin hidup di dalam kecanggungan. Ataupun jika hanya ingin duduk diam dan suka diperkudakan kita juga boleh memilih menjadi watak marhaen biasa.Bersorak bila melihat ada org yg menang dan kalah. Ataupun jika kekayaan dunia yang menjadi idaman, dan boleh hidup gembira di dalam kebusukan kita juga boleh melakonkan watak Si Kitul dan Si Mandeliar.
Jika lu org tanya gua, watak manakah yg akan gua bawakan...Jawabnya ;
-Gua mahu jadi Sang Adi Putera yg bertapa di Atas Gunung Ledang Sana, tersenyum sinis melihat porak peranda anak-anak muridnya -

Friday, November 19, 2010
UNCLE SEEKERS DAN "CINTA SYYHHH" DGN EX-PEMYSURI
Gua sebenarnya malas nak jadi busy body pasal mamat gile publisiti murahan ni. Actually Gua baru lepas baca pendedahan peribadi Plaboy Jin tua ni berkenaan hubungan rahsianya dengan bekas Pemysuri Agung ataupun Balu Almarhum Sultan Selangor di Blog beliau yg ada 7 episod semuanya.Mungkin gua agak lambat dapat tahu cerita ni..Tapi hati gua tak dapat menahan untuk menulis sesuatu tentang Org tua penipu dan gile publisiti murahan ni. Rata-rata sesiapa saja yg membaca pendedahan beliau pasti akan rasa loya nak muntah dan dapat menghidu betpa pincangnya hidup seorang yg bernama Syed Abdullah @ Uncle Seekers. Selepas puas menipu dgn projek2 hantu beliau, kni kembali mensasikan namanya dengan cerita skandal berfrofil tinggi kononnya....
Apa agenda atau tujuan Jin tua ni buat pengakuan di blog beliau dgn pendedahan-pendahan yg agak peribadi mcm tu masih menjadi tanda tanya. Tapi telahan gua mudah. Manusia spesis Pakcik Hantu ni mmg suka jadi insan tempelan dgn cerita2 yang mcm haram zadah. Dia ni sama spesis lah dgn Dr.Rozmie yg ntah apa2 ntah tu...Konon arif dan mengamalkan ajaran islam secara keseluruhannya tapi sikap mcm !@#&!
Sebagai saudara seislam...marilah kita sama2 angkat tgn dan berdoa kepada Allah agar kita semua dijauhi daripada terpedaya dgn golongan2 manusia yg sesat lagi menyesatkan. Bukan niat untuk mengambil hak Allah dgn menghukum org lain, tapi secara normal akal kita dapat menilai setiap sesuatu kebenaran itu jika kita benar2 berfikir. Jika jelas kepalsuan yg dipaparkan maka jadi tanggung jawab kita untuk membenci. Sesungguhnya selemah-lemah iman itu ialah apabila kita melihat sesuatu kemungkaran itu dan membencinya di dalam hati...
Anyway, kat sini gua bagi link lah untuk sesiapa yg masih lagi tak kenal dgn Pakcik Hantu ni.
http://www.youtube.com/watch?v=UVikc-n5InA&feature=related
http://uncleseekers.blogspot.com/2010/11/permaisuri-siti-aishah.html
Anyway, lu org boleh nilai sendiri lah apa jenis manusia Pakcik Hantu ni....
Okaylah Geng....Gua Cau dulu

Monday, November 8, 2010
Tak kan Melayu hilang di dunia.
Tak kan Melayu hilang di dunia.
Padah bisa bermain tombak,
Mungkir nyawa jangan derhaka,
Biar badan menjadi tembok,
Pertahan tanah daripada durjana,
Menyeluk pekasam hingga lengan,
Bara api menjadi arang,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usahaku bukan kepalang,
Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa,
Angin taufan menghiris isi,
Terbelah bumi menjadi dua,
Bersumpah aku atas nama ini,
Tak Melayu Hilang Di Dunia .....
Tak Melayu Hilang Di Dunia .....
Monday, November 1, 2010
MONOLOG UNTUK ABAH DAN MAK ...
Gua rasa sangat beruntung sebab dianugerahkan seorang Mak dan Abah yg sanggup berkorban ape saje untuk anak-anak.Walaupun Mak dan Abah tak berpeluang untuk sekolah sampai ke sekolah menengah pun,tapi mereka berjaya mendidik kami adik beradik dengan nilai hidup yang cukup tinggi.Sewaktu dalam masa membesarkan kami adik beradik leher dan tangan mak tak pernah ade perhiasan emas ataupun perak apakan lagi intan ataupun permata. Bagi mak semua tu tak penting selain daripada bagi ilmu dan berikan pendidikan yang sewajarnya untuk anak-anaknya.Cuma cincin belah rotan tembaga penghias jari manis Mak sebagai lambang dan tanda Mak adalah kepunyaan Abah.
Mak seorang wanita yang cekal. Seorang wanita yang hebat yang sentiasa berada di sisi Abah. Pada mak cuma pendidikan saja yang boleh merubah status dan kehidupan seseorang. Jadi Mak tak mahu kemiskinan menjadi warisan.Disiapkan kami adik-beradik dengan pemikiran bahawa pendidikan adalah segalanya. Gua tak boleh lupa betapa teruknya gua di sebat dengan tali pinggang kulit abah sebab gua kantoi tak pi mengaji di rumah Ustazah Sapiah Sojak. Mak pernah cerita, ada org kampung cakap dgn Mak. "Kenapalah kau hantar anak-anak kau sekolah jauh2 tu ? Tak sekolah tinggi pun boleh hidup jugak" Tapi kata Mak hidup dengan berpendidikan sememangnya berbeza dgn hidup sebagai org yang tidak mempunyai pendidikan. Walaupun Mak Sekolah tak sampai darjah TIGA pun ( Lantaran kemiskinan dan zaman Selepas penjajahan Jepun ) namun pemikiran Mak sememangnya tergolong dalam pemikiran Wanita yang boleh menggegarkan dunia...
Abah sejak muda lagi dah perah keringat nak bagi besarkan anak-anak dan memastikan impian dan cita-cita Mak nak tengok kami membesar menjadi insan yang hebat-hebat. Abah buat bermacam-macam kerja.Abah jual ikan,jual sayur dan buah-buahan,kerja kontrak dan macam-macam lagi. untuk sara kami sekeluarga. Alhamdulillah,berkat kesabaran mak dan abah kini mungkin boleh sedikit tersenyum bangga. Anak-anak dah mampu membela mereka.Bagi gua Mak dan abah dah berjaya tunaikan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Mereka tak pernah berhutang apa-apa dengan kami. Mak dan abah dan berjaya didik gua dan adik beradik gua jadi manusia. Cuma kami adik beradik yang terlalu byk hutang dgn Mereka. Kadang-kadang rasa terkilan dan pelik memikirkan senario dan kedaan di kampung gua sekarang ni.Anak-anak masing2 dah berjawatan besar dan bergaji ribu-ribuan ringgit tetapi dengan rasa tak tahu malu meminta Jabatan Kebajikan masyarakat utk memberikan bantuan bekalan makanan dan mendirikan rumah-rumah PPRT kpd Ibu-bapa mereka. Bagi gua itu adalah satu keadaan yang sangat memalukan. Sepatutnya sebagai anak rumah buruk ibu-bapa harus digantikan dengan Istana.Entahlah, sememangnya pemikiran manusia ini berbeza-beza.
Abah seorang Lelaki yang sgt Macho. Kata kawan2 Abah di Klang,semasa zaman Muda Abah mmg seorang Taiko. Sebut sahaja Din Koboi satu Teluk Gadong akan kenal. Abah die hard fan cerita Koboi sampai style abah pun mcm Koboi. Abah pernah cerita, masa umur dia belasan tahun hobi dia kumpul komik2 cerita koboi. Sebut saja nama2 Hero Koboi mesti Abah tahu.
Bila umur Abah mencecah angka 43 Tahun, Abah gua dapat seorang cucu.Atika namanya. Masa tu Abg Long gua masih lagi di Bumi Uncle Sam. Bertahun-tahun tak balik Malaysia. Menjajat Bumi Amerika untuk menjadi seorang yang hebat. Jadi Abg Ngah gua lah yg ganti tempat Abg Long.
Gua masih ingat lagi masa sebuah surau di dirikan di depan rumah gua. Masa tu berlaku satu perubahan yg sgt besar pada diri Abah. Surau di depan rumah menjadikan Abah menjadi pelawat dan penghuni tetap surau di depan rumah tu. Betapa gembiranya gua masa kecik2 bila dengar suara Abah gua melaungkan azan di Surau dan betapa bangganya bila gua berjemaah Abah menjadi Imam pada semua jemaah.
Walaupun Abah tak pi belajar sampai Havard Universiti tapi idea Abah lebih maju daripada Budak-budak yang grad daripada Universiti. Baru-baru ini gua dengar cerita Abah lahirkan satu idea tentang Cadangan penubuhan Alumni bekas murid SRA JAIM Kampung Berangan Enam Umbai.Tujuannya untuk mengumpul dana bagi tabung pendidikan anak-anak kampung Berangan Enam untuk belajar. Gua tak sangka Abah gua ada idea yang sehebat itu. Abah gua tak mampu nak sumbangkan jutaan ringgit pada mana-mana pertubuhan. Sebab kekayaan bukan warisan kami. Mungkin dengan melahirkan satu idea yang begini boleh merubah sesuatu di dalam masyarakat kampung. Kerana kami sekeluarga yakin, hanya pendidikan yang boleh merubah masyarakat.
Kadang2 gua rasa malu dgn diri sendiri. Selama 27 tahun gua hidup sumbangan besar yg gua bagi pada Mak, Abah dan masyarakat boleh dibilang dgn jari. Ilmu yg gua dapat lebih menjurus kepada mengenyangkan perut sendiri. Adalah sikit-sikit sumbangan pada golongan Homeless. itu pun bukan dalam satu kapasiti yg besar. Kadang2 gua buat, kadang2 gua tinggalkan.Kadang2 gua sendiri yang mcm Homeless.
Sesungguhnya menjadi IBNU Shamsudin dan Anak Lelaki kepada Hjh Ramlah adalah sesuatu perkara yang teristimewa yang berlaku di dalam kehidupan gua.
Semoga Allah memberikan kesihatan kepada Abah dan Mak...Kerana sesungguhnya gua mmg belum bersedia untuk hidup tanpa mereka.
Teruskan...
Teruskan...
Tuesday, October 26, 2010
Gua bercerita tentang : Kerajaan, Projek Mega, Kemiskinan dan Rakyat . . .
Selesai sahaja pembentangan budget 2011 yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (DSNTAR) cerita yang paling panas di kedai kopi ialah berkenaan dengan Menara Warisan 1Malaysia. Tidak kira samada di Starbucks atau Cofee Bean, Old Town Kopitiam mahupun di Warung Kopi Pak Ngah Samah semua pakar2 ekonomi kedai kopi membahaskan tentang pembaziran yang akan dilakukan oleh kerajaan di dalam menjayakan projek mega yang bernilai 5Billion ini.
Pakar-pakar ekonomi kedai kopi berasa tidak puas hati jika pendapat mereka tidak di dengar umum, maka mereka melanjutkan perbincangan mereka di laman-laman sosial yang popular ketika ini. Dgn satu tentangan mengatakan bahawa projek ini tidak lain dan tidak bukan hanya membazir dan menambahkan kekorupan yang sudah sedia berlaku di dalam negara.
Di dalam menjayakan projek mega ini DSNTAR mengatakan bhw kerajaan meletakkan tanggungjawab merealisasikan perancangan ini di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) .PNB akan bertanggung mencari investor dan modal-modal pelaburan luar dan dalam negara bagi menjadikan impian Kerajaan BN ini satu kenyataan. Jadi melalui pelan pelaburan ini tidak ada kaitan langsung dgn dakwaan yang mengatakan projek mega ni hanya akan membazirkan wang rakyat. Malangnya berapa ramaikah rakyat di Malysia ini yang benar2 memahami perana PNB di dalam memacu ekonomi negara ? Ketidak fahaman ini menjadikan hasrat Kerajaan BN untuk perlaksanaan projek mega ini sebagai satu perkara yang tidak masuk akal bg golongan-golongan yang hanya memandang sesuatu perkara dari luar kotak.
Hal ini mengingatkan gua dengan idea Tun Dr. M untuk membina jambatan Pulau Pinang dahulu. Ramai mengatakan bahawa Dr.M adalah seorang yg gila dan suka membazirkan wang negara. Lihat pada hari ini. Betapa idea gila Dr.M itu menjadi satu keperluan yang paling penting bagi memacu ekonomi di Pulau Pinang.
Benar jika kebijakan mengurus ekonomi negara tidak di ambil serius, projek mega ini akan mendatangkan malapetaka yg besar bagi Kerajaan BN. Jika dilihat dari sisi golongan-golongan marhaen sederhana seperti gua ini, projek ini mungkin tidak akan dapat memberikan kesan yang besar di dalam kehidupan seharian gua sebagai rakyat Malaysia. Tetapi jika dilihat dari sudut dan ruang lingkup yang lebih besar, projek ini mampu membawa satu dimensi baru di dalam peningkatan ekonomi negara terutamanya di dalam bidang hartanah. Lihat sahaja betapa melonjakkannya nilai hartanah di sekitar KLCC Petronas Twin Tower. Hasil daripada pembinaan satu menara byk pelabur2 dari luar datang untuk melabur di dalam bidang hartanah dan perhotelan di Sekitar KLCC.
Bagi sebuah negara yang sedang giat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, langkah drastik di dalam memacu kekuatan ekonomi negara haruslah ditekankan seiring dengan usaha membina masyarakat yang makmur. Oleh itu kadar kemiskinan di dalm negara haruslah di ambil serius oleh Kerajaan. Kerajaan seharusnya meletakkan keperluan rakyat sebagai agenda utama di dalam menguruskan dan mentadbir sebuah negara. Bagi rakyat yang tinggal di dalam sebuah negara yang sedang giat mencapai status negara maju pula, mereka haruslah lebih berdaya saing di dalam merebut peluang-peluang ekonomi yang terbuka di dalam negara. Kemiskinan tida mungkin akan berlaku jika rakyat di dalam negara bangun dan bingkas mencari dan menggunakan peluang-peluang yang ada. bak kata pepatah org2 tua "Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia ". Lihat sahaja betapa banyak peluang pekerjaan yang ada di Malysia ini. Masalahnya rakyat Malaysia sememangnya memilih utk bekerja. Mereka lebih rela peluang2 itu diisi dan diambil oleh rakyat2 asing. Hasilnya rakyat Malaysia seperti merempat di dalam negara sendiri.
Peranan Pembangkang di dalam negara amatlah penting supaya rakyat akan terus terbela. Pembangkang berperanan sebagai pihak yang membuat 'Check and Balance'bagi segala tindak tanduk Kerajaaan di dalam negara agar kerajaan berhati-hati di dalam membuat sesuatu keputusan.Namun begitu, Kedegilan untuk berubah dan mempersiapkan diri menjadi rakyat bg sebuah negara maju hanya akan mengakibatkan rakyat Malaysia terkebelakang. Globalisasi tidak mungkin dapat dielakkan lagi. Perancangan ratusan tahun yang dibuat oleh Masonic believer berjaya menyerap di dalam ideologi masyarakat dunia. Apakah silapnya? Silapnya kegagalan cendiakiawan Islam pada zaman terdahulu di dalam melihat dan menterjemah Masterpieces Ibnu Khaldun ( Muqaddimah) lebih agung daripada Masterpieces Adam Smith ( Wealth Of Nation) di dalam merencanakan hala tuju masyarakat Islam mengharungi masa depan.
Gua hanya Marhaen sederhana yang memandang sesuatu dari mata burung. Harapnya tidak terperangkap di dalam tempurung. Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam apa yang gua harapkan hanya satu.
Harapnya Malaysia menjadi sebuah negara Maju yang menjadi contoh terbaik bagi negara-negara Islam yang lain di dunia.
Teruskan.....I am proud to be Malaysian.
Thursday, October 21, 2010
Inilah Kesan daripada Lebih 150 Juta Kali menonton : PUTERI GUNUNG LEDANG (KETAGIHAN BERBAHASA)
-Hang Tuah-
Cinta dan restu tak boleh dipaksa.
-Hang Tuah-
Kalau nak menurut, biar berakal. Kalau menurut, biar pintar.
-Hang Tuah-
Hanya mutiara, jika digilap, mutiara jualah cahayanya yang bersinar.
-Datuk Bendahara-
Bagaimana beta nak tahu,mana manik atau mutiara? Adakah pada wajahnya? Atau lebih mendalam tenungannya? Dan yang lebih utama lagi, adakah si manik tahu yang dianya manik?
-Sultan Mahmud-
Mutiara tetap mutiara. Andainya manik seperti diri patik ini, walaupun digilap haus, ia tetap malap jua.
-Datuk Setia-
Pura-pura mencari ayam, ekor mata di anak orang.
-Tun Teja-
Gusti Puteri: Kekandaku Teja, besar hati adinda dengan kesedian kanda menemani adinda.
Tun Teja: Kandaku Retno, kehadiran dinda adalah untuk menilai gerhana kita yang sebenarnya.
Gusti Puteri: Gerhana itu alami. Dan pasti akan terjadi. Hanya budi luhur yang bisa mengatasinya.
Air setempayan dicedok sekayu. Dapatkah siram api di gunung?
-Tun Teja-
Apa mungkin seorang gadis seperti adinda ini bisa melukai Laksamana Melaka yang tersohor?Atau jiwa kanda kentar disentuh adinda?
-Gusti Puteri-
Setiap orang punya impian. Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan ini. Impian dinda adalah untuk mendapatkan cinta sejati.
-Gusti Puteri-
Hang Tuah: Seluruh nusantara kanda mencari ketenangan, kanda bertemu cinta di bumi Jawa.
Gusti Puteri: Sekecil burung kedidi adinda terbang ke hati kekanda. Mengharapkan cinta yang menggunung.
Hang Tuah: Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari.
Gusti Puteri: Adinda anggap sebagai janji.
Hang Tuah: Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda.
Gusti Puteri: Adinda bersumpah. Jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama. Bernafas pada udara yang sama.
Hang Tuah: Belayar berbelok-belok. Sauh dibongkar di tempat tenang. Yang tinggal hati tak elok. Yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama.
Gusti Puteri: Apa dengan tongkat, rajawali kembali?
Hang Tuah: Demi cinta, tiada gunung terlalu tinggi.
Gusti Puteri: Kini kita sama-sama dipuncaknya. Bagai mimpi rasanya kekanda berkata-kata cinta kepada adinda.
Hang Tuah: Suaramu membuka hatiku yang merindu. Kini kurasa deruan angin menusuk dada.
Gusti Puteri: Mengapa cinta adinda diuji sebegini jauh, kekanda?
Hang Tuah: Kanda lupa cinta dinda seagung maya.
Gusti Puteri: Kalau cinta kekanda, bukan semesta luasnya?
Hang Tuah: Masih kecil berbanding cinta dinda.
Gusti Puteri: Tetapi kekanda kemari juga.
Hang Tuah: Laksana insan haus dahaga, bertemu air satu telaga.
Biar seribu tahun air mengukir batu, tetapi Tuah tetap Tuah.
-Gusti Puteri-
Hamba bersumpah. Selagi Tamingsari tenggelam di dasar sungai ini, hamba tidak akan kembali.
-Hang Tuah-
Putera beta, atau tanah Jawa? Semua ini peritnya seperti menelan hempedu. Bagai racun menusuk kalbu. Tetap, ia bukan penghalang!
-Sultan Mahmud-
Pengorbanan demi cinta adalah indah. Dan pengorbanan demi negara adalah mulia. Tapi apalah ertinya bekorban dengan tangan berlumur darah manusia yang tidak berdosa. Apa tuanku sanggup melakukannya? Mungkin masih kurang jelas bagi tuanku kalau permintaan saya sebetulnya satu penolakan.
-Gusti Puteri-
Kamu lupa yang bumi Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, diatas tanah
yang kamu pijak ini, seMelaka sakitnya dirasa. Pilu beta dengar hirisan katamu itu.
-Sultan Mahmud-
Kamu akan berseorangan. Di puncak Ledang sahaja. Tidak boleh dipandang sesiapa sesudah subuh kelak. Nescaya dia yang memandang, beta sumpah. Hilang nyawa bermuntahkan darah!
-Sultan Mahmud-
Sesungguhnya, kanda cintakan dinda.
-Hang Tuah-
-Hang Tuah-
Kuhinakan diriku sendiri untuk merungkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku. Meski sekilas kurasakan. Namun akan menjadi bekal sepanjang zaman.
Aku juga mencintaimu, Tuah.
-Gusti Puteri-
Thursday, October 14, 2010
Gua dan Blogger (Bidadari Besi Kecil Yg Besar Pandangannya)
Gua boleh diketegorikan sebagai seorang lelaki yang susah untuk memuji pemikiran sesorang individu jika gua belum benar-benar mengenali sang pemikir. Pada gua tahap pemikiran manusia ini tiada batasnya kecuali melibatkan perkara-perkara yg telah dibataskan oleh agama seperti RUPA BENTUK ALLAH dan beberapa hal lain yang jika kita fikirkan boleh menggegarkan aqidah jika kita tidak benar-benar mempunyai asas tauhid yg kuat. Gua suka berfikir dan suka bersama dengan individu-individu yang gemar berfikir.Sebab itu gua mengambil keputusan untuk terus berkecimpung dan mencari rezeki di dalam bidang akademik agar gua sentiasa rasa hidup dengan ilmu dan pemikiran dan dapat bergaul dengan mereka yang sentiasa ghairah dengan penjelajahan ilmu dan berfikir. Pastinya aktiviti berfikir itu seharusnya diarahkan kepada satu aliran pemikiran yg membawa kebaikan kepada Sang Pemikir. Utk duduk berbual dan berfikir ttg perkara-perkara yg remeh temeh ataupun mengumpat tt dia dan dia adalah taboo bg gua.
Selain daripada membaca buku-buku, jurnal-jurnal dan majalah-majalah yang boleh meletopkan pemikiran, gua juga gemar membaca blog-blog yang terdapat " di dalam jaring" . Selain daripada singgah dan kadang-kala traffic di blog-blog hebat seperti Anwar Ibrahim ,Dr Mahathir Mohamad , Minda Tajdid Dr.Maza, Tukar Tiub dan beberapa nama lain lagi, kini gua juga sedang mendekati sekumpulan penulis-penulis blog muda yang rata-rata umur mereka sekitar 18-22 yang menggelarkan diri mereka sebagai "Kami Blogger Picisan " .
Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang penulis-penulis blog muda ini ialah tentang gaya bahasa penulisan mereka di dalam blog. Ada di antara mereka yang sgt bijak berbahasa dan sangat pandai menyusun bahasa sehingga apabila membacanya kita merasakan seperti mereka ini tidak layak untuk berada di dalam lingkungan umur yang sebegitu muda. Ada kekaguman melintas tatkala membacanya. Ada juga di antara penulis-penulis blog muda ini menulis dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat memualkan. Sepertinya bahasa Melayu itu adalah satuu bahasa yang sangat jelik bunyinya dan sangat tidak santun rupanya. Penulis-penulis muda ini mencipta istilah-istilah baru yang gua sendiri tak pernah dengar dan tidak pernah lihat baik di dalam kamus Dewan mahupun di dalam kamus Oxford ataupun Mariam Webster. Istilah itu hanya akan difahami oleh golongan-golongan yang mengalami ketagihan menulis blog sahaja.
Membaca blog seseorang penulis blog itu umpama membaca aliran pemikiran mereka. Sedikit sebanyak melalui hasil penulisan mereka gua seakan dapat membaca dan membayangkan sikap dan tingkah laku penulis di dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Ada juga yang menyatakan tentang teori escapism. Mereka mengatakan penulis-penulis blog ini adalah golongan escapism. Benar ataupun tidak ianya terserah pada penulis blog itu sendiri. Benar, ada di antara mereka tidaklah sehebat watak yang mereka cipta di dalam blog. Seumpama ada satu alter ego yang diwujudkan. Jadi untuk merealisasikan impian untuk menjadi seseorang yang mereka impikan, mereka mencipta watak hebat dan alter ego itu di dalam setiap penulisan mereka. Tetapi seseorang pembaca blog yang berfikir, pasti akan dapat membezakan samada seseorang penulis blog itu terperangkap di dalam escapism ataupun itu sememangnya hasil rupajiwa mereka sendiri.
Sememangnya membaca, berfikir dan menulis itu adalah passion gua. Gua akan rasa sangat bodoh kalau gua rasa gua tidak ada sesuatu yang penting untuk difikirkan. Gua akan rasa kosong kalau tiada satu buku hebat yang dapat menemani gua. Gua akan rasa resah jika gua tak dapat menulis ataupun melontarkan idea tentang sesuatu yang gua fikirkan. Gua akan rasa usang jika tiada teman yang mampu menggegarkan kepala otak gua dengan persoalan-persoalan di dalam kehidupan.
Sedar tak sedar dah 27 tahun Allah memsubsidikan Oxigen untuk gua. Gua pun tak tahu adakah gua ni termasuk di dalam ketegori manusia-manusia yang melewahkan subsidi Allah ataupun menggunakannya pada haknya. Rasanya banyak juga subsidi-subsidi Allah yang telah gua bazirkan. Semoga Allah terus mengarahkan aliran pemikiran gua untuk memikirkan sesuatu yang terbaik buat diri gua dan insan-insan yang berada di dalam bulatan hidup gua.
Teruskan....
Subscribe to:
Posts (Atom)