Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, March 4, 2009

TERUSKAN...


Bintang paling jauh sudah mula melihatkan sedikit sinar.Sang awan sudah mula ber arak dan memberi sedikit laluan untuk bintang paling jauh melimpahkan sedikit cahaya di atas "KOTA LANGIT".Walaupun ia masih tak dapat nak mengatasi kilauan bintang-bintang yang lain,namun awan-awan yang berarak seakan memberikan sedikit harapan kepada bintang paling jauh untuk bersinar.Mungkin suatu hari nanti ia akan mampu untuk memagari bulan semula...

Tetapi, dalam ketaksuban bintang paling jauh mencari cahaya dan memandang bulan....dia seperti lupa akan sumber cahayanya..Sang Matahari. Dia semakin jauh.Semakin melupakan kewujudannya...Kini baru bintang paling jauh sedar..Rupa-rupanya kekuatannya adalah Sang Matahari..Bukan Sang Bulan.Dek terlalu asyik ingin memagar bulan..Sang Matahari dilupakan...
Itulah kehidupan.Bila kita terlalu taksub kejar sesuatu,sesuatu yang ada pada kita akan mudah kita tinggalkan.Mudah kita lupakan.

Gua dah mula melangkah.Tapi belum mula berlari.Gua dah nampak jalan mana yang gua nak hayunkan langkah.Jalan ini hanya memerlukan ketekunan diri gua dan keredhaan sang maha pencipta untuk menjadikan salah seorang hambanya yang berjaya.Gua kena kuat dan tabah.Gua kena beri sedikit kepercayaan kepada diri gua yang gua mampu untuk melakukan sesuatu yang orang lain juga mampu lakukan.Gua kena mula sedar bahawa masa gua semakin suntuk.Gua tak punya banyak masa untuk memberikan kegembiraan kepada insan-insan yang gua sayang.Masa gua hanya pinjaman.Bila-bila masa masa itu boleh ditarik kembali.

Dalam hidup gua ni kan.Apa yang gua selalu perasan,bila gua nak sangat kat sesuatu benda tu ..mesti gua takkan dapat memiliki.Dari gua kecik sampai lah ke waktu ni...Lantaran hakikat tu lah yang membuatkan hati gua kuat.Mungkin tuhan saje nak menguji gua.Mungkin tuhan nak berikan gua sesuatu yang lebih berharga suatu hari nanti..mana tau kan.Tapi ape yang gua sentiasa percaya,Tuhan tu maha adil.Bila gua percaya dan terima segala ketentuannya,pasti suatu hari nanti apa yang gua nak gua akan dapat...Sebab tu pada waktu ni gua taknak apa2 dalam hidup gua...Gua nak satu benda je.."gua nak jadi orang yang baik" mungkin yang ni tuhan akan berikan gua jalan.

Semua orang ada dosa.Bila dah sah je jadi manusia,kita ade kanan dan kiri yang harus dijaga.Bermakna kita ade dosa dan pahala yang harus ditimbangkan.Gua rasa tika ini kiri gua lebih berat dari yang kanan.bukan mudah utk jadi manusia.Jika MALAIKAT DIBERIKAN PELUANG SATU HARI UNTUK MENJADI MANUSIA,PASTI MEREKA JUGA TAK MAMPU UNTUK MENAGGUNG BEBANNYA...jadi bukan mudah untuk menjadi orang yang baik.Tapi bila kita berimpian untuk menjadi orang yang baik-baik..pasti Tuhan takkan mengabaikan impian itu kan..

Jika kita tak mampu nak mengubah dunia...KITA UBAH DUNIA KITA SENDIRI...jika kita tak mampu nak merubah masa, KITA CORAKKAN MASA KITA
SENDIRI...Gua yakin,apa yang gua nak...gua akan dapat suatu hari nanti.

Teruskan....

No comments: