Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, August 8, 2012

Falsafah Brader Beger : Makwe Gemuk

Brader Beger cakap, cantik itu sesuatu yg abstrak .Betul, Gua setuju.Sebab ramai juga org kata Perempuan Gemuk itu cantik.Pada gua lah kan perempuan kalau Gemuk sikit-sikit mcm Kate Winslet tu baru cantik. Tapi kalau gemuk gedempol menternak lemak memang langsung tak cantik...Tak kisahlah apa pun Lu nak cakap.Masing-masing punya definisi cantik. Tapi,bila ada sorang perempuan Gemuk Gedempol yang x tak cantik pakai legging dan sleeveless di pasar Ramadan ditegur secara elok ttg gaya pemakaiannya dan dia jwb mcm ni
 
"Kubur masing-masing okay "

Mood Lu mesti akan jadi tak cantik dan Lu akan ckp dlm hati....

"kalau Lu lelaki dah lama Gua Tendang perut Lu"

Falsafah Brader Beger : Malam Raya

Brader Beger Cakap , tak kiralah orang Orang UMNO yg pakai songkok tinggi ataupun Orang PAS yang pakai ketayap putih ,ataupun Budak2 Keadilan yg suka pakai Hat dan Snowcap..Apabila tiba waktu malam raya depa ramai-ramai pakat buat dosa...BAKAR MERCUN MCM ORG GILA! Umpama menyambut kedatangan Raja Syaitan Lilith turun dari Neraka. BAKAR MERCUN SAMPAI BUDAK2 KECIL YG TENGAH TIDUR DI DALAM BUAIAN TERKUJAT-KUJAT dibuatnya.  Bermain dan membakar mercun Gua tak tahu samada berdosa atau tidak...
Tapi menyakitkan hati orang dengan membuat bising di malam Raya dengan dentuman dentuman mercun yang menggila ..
Gua confirm berdosa...

Monday, August 6, 2012

PANTUN HARI RAYA : VERSI STAR WARS


Hans Solo menyusun kata
cuba memikat Princess Leia
maaf-bermaafan sesama kita
di Aidilfitri yang mulia


Lightsaber jatuh ditengah bendang
jadi dagangan di tengah Kota
saudara jauh datang bertandang
bermaaf-maafan sesama kita


Sungguh rendang pohon Rumbia
tempat persinggahan Luke Skywalker
ketupat rendang sudah tersedia
jemputlah Darth Vader menjamu selera


Planet Naboo aman sentosa
jangan dilupa planet Tatooinenya
Salam ibu menghapus dosa
salam bapa menjunjung kasihnya


Jabba the Hut segak bergaya
sentiasa mencari si anak dara
suasana riang di hari raya
bermaaf-maafan riang gembira


X-Wing terhempas di Mon Kalamari
membunuh Darth Marek dan Tuan Tungo Li
datuk nenek muka berseri
anak cucu telah kembali


Gua Dagobah pintunya lebar
Tempat Yoda duduk bertapa
Emak dan abah tak sabar-sabar
menunggu anakanda yang lama tak berjumpa


Bermain pedang perlbagai gaya
pedang laser Darth Maul yang punya
ramai bertandang di hari raya
tersenyum riang sanak saudara

Falsafah Brader Beger : Akidah 2

Brader Beger cakap Kalau Allah memberikan Lu rezeki setakat cukup untuk makan nasik dan isi petrol Ron95 RM50 Seminggu, 
itu tandanya  Allah masih sgt menyayangi Lu...
Kalau tiba-tiba Allah memberikan Lu rezeki yang membolehkan Lu makan Almas Beluga Caviar hari-hari dan isi Petrol Ron97 RM100 setiap pagi...Maka BERSYUKUR dan BERSEDIALAH...
Dia Sedang ingin menguji keimanan Lu.

Falsafah Brader Beger : Cinta 1

Brader Beger cakap, apabila Lu asyik di alam cinta,
Lu mampu melukis potret seorang dara,
dengan hanya memejamkan mata..

Falsafah Brader Beger : Makwe 5

Brader Beger cakap, KL ni besar kotak mancis je.
Kemana saje Lu pergi, lu akan ternampak makwe2 lama.

Falsafah Brader Beger : Hidup 1

Brader Beger cakap, org dewasa akan jadi semakin membosankan bila cuba berlagak utk jadi lebih dewasa. Biar kita hidup happy mcm budak2 daripada hidup membosankan mcm org dewasa yg dah terlupa mcm mana nak menghayati perasaan gembira mcm budak-budak.

Falsafah Brader Beger : Akidah 1

Brader Beger cakap, Beger Bakar ni pun agenda Illuminati jugak ka?
~ Apa punya Turrr . Salahkan Illuminati.Salahkan Freemason. Salahkan NWO . Salahkan Zionis. Salahkan Hitler . Diri Sendiri ?

Falsafah Brader Beger : Akidah

Brader Beger cakap, Kalau salah kiblat Solat, kita kena betulkan kedudukan sejadah.Kalau salah kiblat hidup, kita kena betulkan kembali Syahadah.

Falsafah Brader Beger : Makwe 3

Brader Beger cakap, kalau Lu jumpa Makwe yang hari-hari sanggup kejutkan Lu bangun Solat Subuh ...Jgn tunggu lama-lama Boh. Jumpa Abah dia minta izin jadi anak menantu dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah cinta itu akan teguh.