Housemate Gua ialah seorang Mata-Mata ataupun dalam bahasa surat khabarnya dia adalah seorang Pegawai Polis yg berpakaian preman. Oleh kerana itu dia diamanahkan selaras pistol otomatik, seragam biru pekat dan kasut kulit subsidi yang berkilat. Sekaligus dia ada kuasa yang Gua tak dapat. Jadi mungkin dia rasa dia lebih hebat
Hobinya ialah memelihara binatang dan membawa tunangannya balik ke rumah bujang kami. Semalam sewaktu Gua sedang separuh bogel menonton Hidangan Fitnah TV3 Suku, dengan muka selamber dia dan tunangnya terjah masuk rumah. Gua terperanjat macam Kongkang yang dikejutkan dari tidur yang panjang. Gua tersipu-sipu malu berlari masuk ke dalam bilik untuk berpakaian lengkap. Tak sanggup Gua biarkan tunang org lain tengok Gua dalam keadaan separuh Bogel. Lainlah Kalau tunang dia yang bogel.Gua sanggup tengok. Tapi kalau housemate Gua yg bogel depan Gua pasti Gua akan muntah 7 hari 7 malam. Terlalu sexy macam 'Jerry The King Lawler'
Sebenarnya Gua bengang. Dah berapa kali dah Gua cakap kalau nak bawak tunang balik rumah inform Gua dulu. Tapi dia tetap buat bodoh. Gua rasa Gua tak cukup power lagi untuk buat dia kesah apa yg Gua kesah. Owh, mungkin sebab Gua takde pistol macam dia. Sebab tu dia buat bodoh.
Dua minggu lepas dia telah membeli sepasang kelinci ajaib dan seekor burung Nuri Bayan jambul Biru. Sepasang Kelinci Ajaib dinamakan Didi dan Cici manakala BurungNuri Bayan berjambul biru dinamakan ROCKY. Katanya habis jugaklah Ringgit Malaysia Lima Riban. Katanya lagi Burung Nuri Bayan jambul Biru tu sahaja sudah mencecah RM3500 dan sepasang Kelinci Ajaib itu harganya RM1500. Entah Buaya entah katak, entah ye entah tidak. Kalau dia kencing Gua, maknanya Gua pun kencing Lu orang gak. Dengan pembelian haiwan-haiwan itu tadi maka dengan secara rasminya rumah Gua jadi mini Zoo.
Gua bukan dengki atau sakit hati sebab tak dapat nak beli binatang-binatang tu. Gua suka binatang tapi Gua bukan jenis yg suka pelihara binatang kemudian letakkan dalam sangkar kecil tambahan pula kediaman Gua bukanlah yg jenis boleh bela binatang. Jadi tak perlu Gua nak bazirkan duit Gua beli binatang dan menyeksa binatang.
Konflik berlaku.Bau dedak yg menjadi makanan kelinci ajaib housemate Gua mengganggu sistem pernafasan Gua. Selain tu Gua juga alergic dengan bulu Kelinci. Gua dah cakap dengan dia. Tapi dia buat bodoh. Hati Gua panas. Manakala Si burung Nuri Bayan yang bernama ROCKY yang kononnya pandai bercakap mempunyai tabiat yang sgt menyakitkan hati Gua. Burung ini akan bercakap satu perkataan sahaja selama berjam-jam dengan sangat kuat sehingga mengganggu Gua, housemate Gua yang lain serta jiran2 tertangga Gua.
Perkataan yg diucapkan oleh Si Burung Nuri Bayan yg bernama Rocky ini ialah " AAAAKKKK"" .
Kadang-kadang Gua confuse. Adakah ini yang dikatakan oleh Si Mata-mata bahawa Burungnya itu pandai bercakap. Gua jadi lebih confuse bila gaya percakapannya itu tak ubah seperti burung Gagak. Adakah burung Nuri Si Mata-Mata ini hybrid burung Gagak ?
Tetapi satu hal yg paling nyata, setiap kali dia berbunyi, Gua rasa macam nak lempang pipi burung tu 100 kali. Bila Gua fikir balik, bukan Si ROCKY yang bersalah dalam hal ni. Dia burung. mana tahu apa-apa. Itu mmg tabiat dia. Yang salah adalah housemate Gua. Jadi dia yang lebih layak ditempeleng 100 kali berturut-turut. Tapi, sebab Gua tahu dia ada pistol, Gua belum cukup berani nak tempeleng dia 100 KALI. Jadi untuk melepaskan geram Gua, Gua pi dapur masak Megi kari. Letak telur dengan Sawi. Bila siap masak Gua makan Megi dengan rakus sekali. Gendang gendut tali kecapi bila Gua sudah kenyang Gua suka hati. Jadi kuranglah panas hati.
Namun untuk menghadapi Keadaan ini setiap hari, Gua memerlukan kesabaran yang lebih daripada biasa. Kalau Gua tak sabar sudah tentu Gua akan kena darah tinggi sebab hari-hari layan panas hati. Mungkin satu hari nanti Gua akan rembat pistol otomatik milik Si Mata-mata dan lepaskan tembakan ke udara sebagai tanda protes dan geram.
Sebenarnya Gua tak panas hati sangat pasal bau dedak Sang Kelinci ajaib dan bunyi bising si Rocky. Apa yang buat Gua panas hati bila Gua memikirkan, kenapalah ada spesis manusia yang suka tengok binatang terkurung di dalam sangkar. Seronok sangat ke mengurung binatang ? Bukan ke sifat Sang Kelinci dan Sang Burung Nuri Bayan itu bebas di alam semulajadi. Mengapa harus dipelihara dan dipamerkan di dalam sangkar yang kecil ? Cuba Gua tangkap Lu kemudian orang masukkan Lu dalam sangkar utk jadi bahan tatapan. Lu panas hati tak ?
Ceit !!!! Aparaaaaa ini worang............
P/S : GUA LEBIH PANAS HATI BILA TERTENGOK DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-9.
----- DEPA BUAT PESERTA AF9 TAK UBAH SEPERTI SI ROCKY BURUNG NURI BAYAN BERJAMBUL BIRU YANG ADA DI RUMAH GUA ----