Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Thursday, March 31, 2011

Lorong Haji Taib 2


2:30 am .Empat Round lari kat Titiwangsa tadi tak berjaya nak buat mata Gua mengantuk.

Gua ingat nak pi ronda Lorong Haji Taib 2 lah. Lama benar Gua tak menyelami hati Sang Penjual2 diri yg bergelandangan di sana. Masa buat field work dulu depa lah yg byk membantu gua. Semalam Gua dengar, Pasaran Saham untuk harga diri melonjak naik. USD 15 untuk sekati harga diri. So, Gua nak Invest mlm ni. INI BARU ROCK!!!

Lorong Haji Taib masih lagi ROCK! Apa yg Gua nampak, Orang buat apa saja utk mati di sini, sama seperti mana orang sanggup buat apa saja untuk hidup dan...mensia-siakan Kehidupan.

INI BARU ROCK!!!

Tuesday, March 29, 2011

AIMAN DAN SURAT KHABAR LUCAH

Aiman adalah anak buah Gua  yg berumur 5 tahun. Aiman baru pandai membaca. Oleh itu minat Aiman untuk membaca apa sahaja yang boleh dibacanya amatlah tinggi. Aiman sangat gemar membaca surat khabar yg dibawa pulang oleh Abahnya. Pada suatu hari Aiman bertanya ;


Aiman : Abah,VIDEO LUCAH tu apa ?

ABAH : Gulppp..Terkedu dan terdiam ( Dalam hati berkata, SURAT KHABAR JUGA DAH JADI BAHAN LUCAH)
 
 
HMMM..LUCAH ? LUCAH TU APA YA ?
 
 
ADAKAH INI ?


INI ?


ATAUPUN INI ?


 INI BARU ROCK !!!


Sunday, March 27, 2011

Dia Sudah Kembali.......

Diam tak diam dah hampir 5 tahun Gua cari makan di Republik Kota Langit . Kadang-kadang Gua terlebih makan dan pernah juga tak cukup makan. Biasalah, orang muda. Jadi nafsunya tentu besar. Bila duit berada di tangan segala syurga nampak di depan mata.

Masa mula-mula Gua ambil keputusan nak meredah hidup di Kota Langit, Gua tinggalkan Pulau Mutiara dan seorang Gadis di Sungai Petani dengan janji bahawa satu hari nanti Gua akan kembali untuk membawa dia bersama-sama mendiami mimpi yang kami angani. Tapi Gua ingkar dengan ikrar janji . Republik Kota Langit membuatkan Gua terlupa diri dan menjadi seorang lelaki yang Gua sendiri tak kenali.

Hati Gadis yang Gua tinggalkan itu hancur. Gua menjadi kutukan yang teragung. Disumpahkan Gua agar takkan menemui dan  memperoleh kebahagiaan ke akhir masa. Gua tak pernah menyalahkan dia. Bagi Gua dia berhak membenci dan memberikan kutukan yang teragung itu kerana sememangnya Gua berhak untuk itu. Demi Ringgit Gua berubah. Demi Dunia Hedonisme Gua tersasar melakukan sesuatu perkara yang sepatutnya Gua lakukan. Demi masa sesungguhnya Gua memang tergolong di dalam orang-orang yang kerugian. Bagi Gua Kilauan lampu-lampu Neon dan Gedung-gedung yang menyajikan pesta  di Jalan P.Ramlee, Jalan Doraisamy , Jalan Changkat dan Jalan Telawi adalah sesuatu yang dapat menenangkan Gua. Gua Khayal dari matahari naik sampailah matahari muncul semula membawa sinar pagi. Khayal dengan suara-suara manja pari-pari malam, khayal dengan minuman syurga dunia dan khayal dengan biji-bijian yang merangsangkan kepala. Gua sangka itu kehidupan. Tanpa Gua sedar gua mula mencipta satu kehidupan yang berdingding kelam dan kedinginan.

Hari ini Gua melihat jauh ke dalam diri. Cuba mencari dan mengenali kembali lelaki yang sepatutnya berdiri dengan gagah berani untuk mengatakan benar kepada yang Hak dan mengatakan Tidak kepada yang batil. Manusia mana yang tak melakukan kesilapan. Nama pun manusia. Sudahlah Iman senipis kulit bawang lalu berani pula ingin menempatkan diri di dalam kumpulan-kumpulan Siluman dan Lucifer.Maka ia berevolusi dan merubah merubah bentuk kejadiannya lebih hina dan buruk daripada Siluman dan Lucifer.

'Masih belum terlambat...' Ringkas dan mudah bila di dengarkan. Tapi bila ia di dengari oleh diri yang sudah banyak terpalit dosa-dosa dan noda hitam ayat itu meremangkan bulu roma di tengkuk berhari-hari. Tiba-tiba Gua rasa ingin meraung apabila Gua tersedar  bahawa Subsidi Oksigen yang diberikan kepada Gua selama ini di korupkan oleh Gua dengan sewenang-wenangnya. Dia memerhati dan memberi peluang. Dengan Kuasanya bila-bila masa sahaja dia boleh menghantar  Malaikut Maut untuk  menarik segala Subsidi yang diberikan. Tetapi dengan keangkuhan Gua memikirkan bahawa Maut itu hanya mengenal batang tubuh bernyawa yang berusia 60 tahun ke atas. Bila sakit datang dan kesulitan datang menziarahi baru Gua mahu bentang tikar sejadah untuk ingat dia. Bila Ringgit dan keselesaan datang bermanja, gua kembali lupa dan ketawa berdekah-dekah dengan Si Syaitan Lucifer.

Gua percaya kehidupan ini adalah perjuangan. Kalau kita tak mampu untuk berjuang menentang musuh-musuh Islam macam orang-orang di Palestin tu, BERJUANG UNTUK MENGISLAMKAN DIRI SENDIRI ITU ADALAH PERJUANGAN YANG PALING BESAR. Mujurlah Gua dilahirkan dari benih Ibnu Shams dan dari sejuk perut Hajah R. Maka Gua memperolehi nikmat Islam dengan secara automatik. ISLAM AUTOMATIK YANG SANGAT NIPIS IMANNYA. Setiap perjuangan akan ada penghujungnya. Cuma tu lah Beb, apabila memikirkan bagaimana penghujungnya itu amat menggelisahkan jiwa . Adakah Ianya akan memberikan Gua pengakhiran yang indah. Indah di mana boleh  Gua tersenyum dalam cahaya ataupun ia akan berakhir diwaktu Gua masih lagi sesat dan buta teraba-raba mencari cahaya di dalam terang.

Teruskan....

Thursday, March 17, 2011

Ceritera Phoenix ...

Pagi itu jiwa Gua sangat kacau. Gua layan  mandom dan menepekkan muka ketat saja daripada pagi Gua masuk kelas sehinggalah ke waktu rehat. Penghuni-penghuni Kelas 5 Dana seperti memahami Gua.Tak seorang pun yang berani buat lawak bodoh ataupun bergurau dengan Gua. Ini semua sebab Chempaka.  Chempaka masih lagi tak mahu memaafkan Gua. Katanya kesalahan Gua memang tak boleh dimaafkannya. Ye lah, awek mana yg tak sebal hatinya bila tahu Hero hati yang dipuja-pujanya sebenarnya adalah Player Agung. Gua kantoi. Sepupu Chempaka nampak Gua meranggi dengan awek Hot kat Town. Hmmm...Chempaka terus declare perang dengan Gua.

Semasa waktu rehat, Gua cuba cari Chempaka di Kelasnya iaitu 5 Beta. Satu-satunya awek kelas Sains yang nak layan Gua. Bila Mamat Cool dari kelas Sastera lalu je depan blok kelas budak2 Sains, masing-masing tunjuk muka paling Gengster. Macam lah Gua takut sangat dengan Lu org. Ada seorang mamat ni, namanya Halim, badan besar macam Kerbau Mandul. Dia telah melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Samseng Taik kucing kelas Sains. Selalu je tak puas hati dengan Gua. Bagi Gua dia tak cukup Handsome untuk jadi musuh Gua. Gua nak cari Chempaka. Bukan nak cari Gaduh. Mata Gua melilau mencari Chempaka. Hmm, tapi bila dia nampak je muka Gua dia terus blah. Tunjukkan muka bengang bersama dengan muncung yang boleh sangkut baju kat Gua. Nak sampaikan isyarat dan beritahu yang dia masih marah. Gua dah mula hilang sabar. dalam hati Gua cakap " Hmm, lantaklah..Gua cari Awek lain baru Lu tahu " . Tapi hati kecil je yg cakap macam tu. Hati besar tak sampai hati. Masakan Gua sampai hati nak tinggalkan Chempaka. Sejak umur Gua 13 Tahun, dia lah satu-satunya budak perempuan yang paling sabar dan tahan melayan kerenah Gua. Walaupun Gua mengaku, Gua memang banyak pasang sparepart, tapi Chempaka adalah calon pilihan
( Cheit!! Janggut pun baru nak tumbuh, dah siap buat planning tentang calon pilihan) .

Bila teringat reaksi Chempaka hati Gua jadi makin panas dan makin kacau. Gua gagal memujuk Chempaka lagi hari ini. Dengan langkah yang malas  Gua terus balik ke kelas. Gua usha kelas kosong. Kawan2 lain semua dah nyak  pi kantin mencekik. Satu orang umat pun takde dalam kelas. Gua dah mula mandom macam Kumbang Badak yang badannya terbalik. Tak senang duduk tak senang berdiri.. Jiwa kacau gila bila fikir  Gua gagal pujuk dan memenangi kembali hati Chempaka..

Dalam Gua melayan kekacauan hati , tiba-tiba Anak Wak Tenin dan Anak Pak Cik Bakau masuk kelas. Mereka  adalah rakan sekelas Gua. Satu Dang Anum tahu yang mereka berdua ini lah Awek Cun yang paling huru-hara. Tapi sangat baik di dalam berkawan. Anak Pak Cik Bakau bernama Nora, dan Anak Wak Tenin bernama Salila. Agaknya diorang pun dapat baca air muka Gua yg sedang kacau. Nora tegur Gua dan tanya kenapa Gua ni nampak macam Kumbang Badak yang terbalik. Gua control macho dan cakap degan diorang Gua tak ada masalah apa-apa.

Tiba-tiba, ada seorang awek yang sangat comel melangkah masuk ke dalam kelas Gua. Awek itu datang berjumpa dengan Nora. Gua terpana seketika sewaktu awek itu berjalan menuju ke arah Nora. Gua akui bahawa pada masa itu Gua rasa dialah awek yang paling comel yang pernah Gua nampak di Dang Anum. Awek tu berbual dengan Nora dan Ila. Gua asyik memandang gerak-geri awek tu dengan penuh minat. Gerak geri dan tingkah launya sungguh santun dan ayu.Ahhh...Tiba-tiba Gua rasa Jiwa kacau Gua hilang. Perghh..Hebat betul aura Awek ni. Susuk apa yang dia pakai ni?

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Awek comel tadi meminta izin daripada Nora dan Ila untuk kembali ke kelasnya. Pada masa yang sama kaum-kerabat 5 Dana dah memenuhi ruang kelas semula.
Hilang sahaja Gadis Comel itu daripada penglihatan, gua terus melompat ke meja Nora dan Ila.

Gua tanya Nora

"Sapa tu Beb ?
 Nora jawab
"Adik Angkat Aku. Phoenix namanya " .
  ...
"Nora, Gua nak berkenalan dengan dia boleh tak ? Lu tolong Gua ye ?.
...
." Okay, kau tulis surat nanti aku bagi kat dia di bilik asrama "

" Baiklah Nora :) , kalau dia layan Gua..Gua belanja Lu makan seminggu "

Awek Junior Comel itu rupanya adik angkat Si Nora. Budak Tingkatan 4 Kelas Alfa...
Phoenix.... Phoenix,  Lu tahu tak kecomelan Lu telah berjaya menghilangkan semua kekacauan Jiwa Gua pada hari ini ?

Kalaulah Chempaka tahu ni mesti dia akan cakap " Dasar Player !
Hehehe....

Pantas Gua rembat pen dakwat basah Komeng ( Komeng adalah Ketua Tingkatan Gua) dan jari-jemari Gua laju mengarang ayat-ayat power untuk mencairkan hati Phoenix ...

Phoenix, kalau dah jodoh tak ke mana :). Tak cuba tak dapat kan...

Bersambung ..... :)