Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Saturday, January 15, 2011

KEBAHAGIAN ITU ....

Kebahagiaan adalah sewaktu kita memberi, bukan menerima













Kebahagiaan adalah tanggungjawab





















Kebahagiaan adalah bila kita dapat melihat dan mengetahui




















Kebahagiaan adalah kejujuran





















Kebahagiaaan adalah Keluarga



















Kebahagiaan adalah kasih sayang



Tuesday, January 11, 2011

INTERLOK: JIKA MANIAM WUJUD, SUDAH DISELIGINYA SI THAMBI MURUHURU-HARA


INTERLOK merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.

Mereka yg berfikiran jelas akan mentafsirkan INTERLOK sebagai satu karya seni dan sastera yang dapat menyatu padukan masyarakat...Hanya mereka yg tebal dgn perasan perkauman sahaja yang akan mentafsir sebaliknya.

Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok ini?

Bagi gua semua ini bermula dgn provokasi yg dibuat oleh seorang Thambi yg tak habis2 menimbulkan isu di Malysia ini. Thambi ini seringkali membangkitkan sentimen perkauman di Malaysia kita ini. Dulu, dia bertelagah dgn Kayveas PPP. Mereka berkronfrontasi ala Mafia lah jugak. Lepas tu kecoh pula cerita ttg khabar angin Surat khabar tempatan berkaitan dgn laporan polis terhadap seorang menteri yg didakwa menjadi bapak ayam yg sering supply ayam-ayam tonggeng kepada golongan VVIP. Kemudian nama Thambi ni terangkat lagi bila salah seorang kawannya telibat di dalam pembunuhan Dato' SOSILAWATI LAWIYA...Cepat-cepat dia buat sidang akhbar dan melawat ahli keluarga Darwah Dato Sosilawati.

Dari pemerhatian, Gua rasa Thambi ini lah akan jadi org yg akan memecah belahkan keharmonian di antara masyarakat India dan Melayu di Malaysia.Sudah tiba masanya Thambi ini diterajang keluar daripada arena Politik di Malaysia.Jangan disimpan ular yg berbisa di dalam rumah. Padah kan menimpa.

10 Januari yg lepas tengah sibuk2 kerja sempat jugak gua join Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara buat laporan Polis di Ibu pejabat polis Dang wangi berkaitan isu Pembakaran Novel INTERLOK di Kota Raja Klang.

Bagi gua tindakan ini memang dah lebih dan melampau.
Sudah lupakah mereka apa yg telah berlaku di Kampung Medan dan Kampung Rawa?

Ingat...Jangan Kejutkan Sang Naga yg sedang tidur...

Teruskan.

Friday, January 7, 2011

KARAM SINGH WALIA HINA ORANG MELAYU ?

Gua rasa confirm Karam Mabuk..Tapi dalam hal ni dia dah minta Maaf. So maafkan je lah..Tak perlu nak provok dan panjang-panjang kan cerita. Mat- Mat rempit ni je yg lebih-lebih...At least he's a real man..Man enough to make a confession of his mistake.

 Orang mabuk tak pandai menipu... So dia mmg mengaku yg ada ckp org Melayu kurang pintar dan bukan  dtg dari Indonesia ataupun Malaysia. Memaafkan lebih baik daripada menghukum...Tak perlu nak panjang-panjangkan cerita kononnya org melayu semua terhina. Patutnya org2 Melayu kat situ yg perlu rasa hina kerana bersikap bongkak dan sombong. Sedangkan Tuhan pencipta makhluk pun masih MENERIMA KEMAAFAN DAN TAUBAT mengapa tidak kita makhluk yg hina dina ini?

 Mungkin Sajak daripada Sasterawan Negara Usman Awang ini cukup sesuai gua tujukan buat Mat-Mat Rempit yang kononnya bangun untuk mempertahankan maruah Melayu ni..Harap Lu org boleh fahamkan pada setiap rangkap yg gua highlight kan....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:


“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya