Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, November 30, 2010

Perkahwinan

















Perkahwinan - Khalil Gibran

SEKARANG, CINTA mulai menciptakan puisi dalam prosa
kehidupan, untuk mencipta fikiran-fikiran masa lalu menjadi
nyanyian pujian agar bersenandung siang hari dan menyanyi
pada malam hari.

Sekarang, hasrat menyingkapkan tabir keraguan dari
kebingungan pada tahun-tahun yang telah berlalu.
Dari rangkaian kesenangan, ia merajut kebahagiaan yang
hanya bisa dilampaui dengan kebahagiaan jiwa ketika ia
memeluk tuannya.

Itulah dua peribadi kukuh yang berdiri berdampingan untuk
mempertentangkan cinta mereka dengan kedengkian dari
takdir yang lemah.

Itulah perpaduan anggur kuning dengan anggur warna
lembayung untuk menghasilkan paduan keemasan,
warna cakerawala saat fajar merekah.

Itulah pertentangan dua roh untuk pertentangan dan
kesatuan dua jiwa dengan kesatuan.
Ia adalah curahan hujan jernih dari langit murni ke dalam kesucian alam,
membangkitkan kekuatan-kekuatan ladang yang penuh
berkat.

Apabila pandangan pertama dari wajah sang kekasih adalah
seperti benih yang ditaburkan oleh cinta di ladang hati
manusia dan ciuman pertama dari dua bibir adalah seperti
bunga pertama cabang kehidupan, maka perkahwinan
adalah buah pertama dari bunga pertama benih itu.
(Dari  Suara Sang Guru)
~ Khalil Gibran

Monday, November 29, 2010

Gua bercerita tentang Kampong Baru Kuala Lumpur....













Katanya,
ini untuk Kampung Baru ke persada pembangunan abad ke-21!
ini untuk kemajuan kepada pemilik tanah!
ini untuk memastikan warganya tidak ketinggalan!
Ini untuk mereka mengecapi nikmat arus pembangunan negara!
.
 Kata Kami,
Jaminan apakah yang tidak akan menghilangkan terus hak kami ke atas tanah ini?
Bagaimana untuk menentukan kepentingan kami terbela?
Siapa yang menjamin tanah keramat ini kekal di tangan keturunan Si Tuah?
Adakah ini kehendak penduduk Kg Kami?
Org luar mungkin mahu kg baru jadi muzium melayu lah, Kampung Warisan lah,
tapi kami tak mau lah kg kami jadi macam zoo atau muzium!

Tanya Mereka dan kroni-kroni tamak mereka,
habis kalau mcm tu apa gunanya ada tanah kat kl kalau pulangan kewangan tiada?
Kata Mereka,
Ibarat Si Amerika Syarikat
Mereka boleh musnahkan hijau dan nipiskan langit
tapi suruh negara miskin simpan pokok mereka supaya boleh jadi sumber penyambung nyawa mereka.
Org luar kampung baru jgn jadi macam Amerika!
mahu menafikan pembangunan Kg baru!
Biarlah org kg baru terus berbincang dengan kami
untuk mencari jalan terbaik utk org kg baru sendiri.
Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas
walau  kuota 40 peratus akan dicantas

Adakah ini merupakan hajat pemilik tanah Kg Baru sendiri atau adakah ini hasrat kerajaan?
Kenapa Kg Baru perlu dibangunkan, sedangkan ianya adalah sebuah penempatan unik yang memiliki ciri-ciri Melayu kampung di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur?
Bukankah keunikan ini wajar dipelihara dan dijadikan satu legasi “heritage” atau warisan khazanah buat generasi akan datang?
Kalau nak dibangunkan sekalipun, kan lebih baik sekiranya kawasan ini dibangunkan sebagai sebuah kampung tradisi Melayu dan bukannya sebagai sebuah kawasan komersial.
Kita ada banyak perkampungan kaum lain yang telah dijadikan kawasan warisan, kenapa tidak Kg Baru?
Lihat sahaja idea Kerajaan Negeri Melaka menjadikan perkampungan Kampung Morten di tengah-tengah bandar Melaka sebagai sebuah tarikan pelancongan Domestik dan luar negara.

Keunikan Kampung Baru yang berupaya mengekalkan identiti asal walaupun sudah hampir 55 tahun merdeka wajar dipelihara, malah diperkasakan dengan pembinaan semula rumah-rumah bercirikan kampung tradisi Melayu. Ianya bukan sahaja akan meningkatkan kualiti hidup warga Kg Baru, ianya juga berupaya menjadi tapak kegemilangan identiti Melayu bandar yang akan menarik pelancong, meningkatkan harga tanah dan seterusnya mengekalkan hak Melayu ke atas tanah tersebut.

Monday, November 22, 2010

Seksanya menjadi Si Tuah, Malangnya Menjadi Si Jebat ...

Sehingga ke hari ini apabila gua melihat kembali lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,
dan Allahyarham Nordin Ahmad di dalam Filem Hang Tuah dan Hang Jebat, pasti akan ada cecair kristal yg bergenang di kelopak mata.

Segalanya adalah tentang Pengorbanan, Kesetiaan, Kecintaan, Keadilan, Kenegaraan, dan Kemuliaan di dalam memartabatkan kepercayaan adat Bangsa.

Apabila kita bercerita tentang Ceritera Tuah dan Jebat, kita masih terkongkong di dalam persoalan yg klise
" Siapakah yg benar,Si  Tuah yg benar ataupun Jebat yng benar ? ".

Memberikan pengadilan moral pada Si Tuah kerana sanggup menikam saudaranya sendiri sehingga mati, semata-mata menunaikan titah Sultan melalui pengadilan di zaman kita adalah satu kesilapan yg sering ramai lakukan.. Tuah hidup di zaman di mana pantang Melayu menderhaka. Penderhakaan Orang Melayu terhadap raja telah dianggap lebih besar dosanya daripada meninggalkan Solat 5 Waktu pada zamannya. Jika ingin dibandingkan dengan zaman ini, samalah apabila disebut sahaja ISA pasti ada beberapa individu yg menggelarkan diri mereka pejuang akan bergetar lututnya. ISA di Malaysia lebih digeruni daripada hukuman di akhirat. Oleh itu tidak hairanlah lebih ramai org berarak dan berhimpun untuk memansuhkan Hukuman ISA daripada berarak dan Berhimpun untuk Mengkaji Semula isu Hukuman MURTAD.

Jgn juga disalahkan Si Jebat kerana menderhaka kepada Sultan. Tindakan Jebat betul pada akalnya cuma apa yg dilakukannya melampaui zamannya. Zaman di mana Raja Berkuasa Mutlak tiada istilah "Raja adil Raja disembah, Raja Zalim Raja di sanggah".Apa yg ada hanyalah "Daulat Tuanku". Oleh kerana itu, misi Si PENDERHAKA yg pertama iaitu Si Tuah di sokong oleh teman-temannya yg lain iaitu Kasturi, Lekir dan Lekiu. Jgn terperanjat jika gua katakan Tuah adalah Penderhaka yg pertama. Alasannya jika dia tidak menderhaka, masakan dia dapat dapat hadir ke Istana Sultan untuk membunuh Si Jebat.Bukankah dia sudah dijatuhkan huuman bunuh ? Jika dia benar-benar seorang hamba raja yg paling setia, pasti dia akan menolak cadangan Mamak bendahara untuk menyembunyikan dia di Hulu Melaka. Bersembunyi di Hulu Melaka bermakna melanggar titah Sultan. Melanggar titah Sultan bermakna dia dianggap MENDERHAKA!

Pada zaman dan era globalisasi yg semakin mencabar ini, kita masih bermain dan dibayangi dengan jelmaan watak2 Si Tuah dan Si Jebat. Terpulanglah pada kebijaksanaan akal untuk melakonkan mana satu watak yg dirasakan lebih diterima oleh masyarakat yg semakin hidup di dalam kecanggungan. Ataupun jika hanya ingin duduk diam dan suka diperkudakan kita juga boleh memilih menjadi watak marhaen biasa.Bersorak bila melihat ada org yg menang dan kalah. Ataupun jika kekayaan dunia yang menjadi idaman, dan boleh hidup gembira di dalam kebusukan kita juga boleh melakonkan watak Si Kitul dan Si Mandeliar.

Jika lu org tanya gua, watak manakah yg akan gua bawakan...Jawabnya ;

-Gua mahu jadi Sang Adi Putera yg bertapa di Atas Gunung Ledang Sana, tersenyum sinis melihat porak peranda anak-anak muridnya -

Teruskan....

Friday, November 19, 2010

UNCLE SEEKERS DAN "CINTA SYYHHH" DGN EX-PEMYSURI

Gua sebenarnya malas nak jadi busy body pasal mamat gile publisiti murahan ni. Actually Gua baru lepas baca pendedahan peribadi Plaboy Jin tua ni berkenaan hubungan rahsianya  dengan bekas Pemysuri Agung ataupun Balu Almarhum Sultan Selangor di Blog beliau yg ada 7 episod semuanya.Mungkin gua agak lambat dapat tahu cerita ni..Tapi hati gua tak dapat menahan untuk menulis sesuatu tentang Org tua penipu dan gile publisiti murahan ni. Rata-rata sesiapa saja yg membaca pendedahan beliau pasti akan rasa loya nak muntah dan dapat menghidu betpa pincangnya hidup seorang yg bernama Syed Abdullah @ Uncle Seekers. Selepas puas menipu dgn projek2 hantu beliau, kni kembali mensasikan namanya dengan cerita skandal berfrofil tinggi kononnya....



Apa agenda atau tujuan Jin tua ni buat pengakuan di blog beliau dgn pendedahan-pendahan yg agak peribadi mcm tu masih menjadi tanda tanya. Tapi telahan gua mudah. Manusia spesis Pakcik Hantu ni mmg suka jadi insan tempelan dgn cerita2 yang mcm haram zadah. Dia ni sama spesis lah dgn Dr.Rozmie yg ntah apa2 ntah tu...Konon arif dan mengamalkan ajaran islam secara keseluruhannya tapi sikap mcm !@#&!

Sebagai saudara seislam...marilah kita sama2 angkat tgn dan berdoa kepada Allah agar kita semua dijauhi daripada terpedaya dgn golongan2 manusia yg sesat lagi menyesatkan. Bukan niat untuk mengambil hak Allah dgn menghukum org lain, tapi secara normal akal kita dapat menilai setiap sesuatu kebenaran itu jika kita benar2 berfikir. Jika jelas kepalsuan yg dipaparkan maka jadi tanggung jawab kita untuk membenci. Sesungguhnya selemah-lemah iman itu ialah apabila kita melihat sesuatu kemungkaran itu dan membencinya di dalam hati...

Anyway, kat sini gua bagi link lah untuk sesiapa yg masih lagi tak kenal dgn Pakcik Hantu ni.
http://www.youtube.com/watch?v=UVikc-n5InA&feature=related

http://uncleseekers.blogspot.com/2010/11/permaisuri-siti-aishah.html



Anyway, lu org boleh nilai sendiri lah apa jenis manusia Pakcik Hantu ni....

Okaylah Geng....Gua Cau dulu
Teruskan....

Monday, November 8, 2010

Tak kan Melayu hilang di dunia.

Tak kan Melayu hilang di dunia.
Padah bisa bermain tombak,
Mungkir nyawa jangan derhaka,
Biar badan menjadi tembok,
Pertahan tanah daripada durjana,

Menyeluk pekasam hingga lengan,
Bara api menjadi arang,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usahaku bukan kepalang,

Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa,

Angin taufan menghiris isi,
Terbelah bumi menjadi dua,
Bersumpah aku atas nama ini,
Tak Melayu Hilang Di Dunia .....

Monday, November 1, 2010

MONOLOG UNTUK ABAH DAN MAK ...

Gua rasa sangat beruntung sebab dianugerahkan seorang Mak dan Abah yg sanggup berkorban ape saje untuk anak-anak.Walaupun Mak dan Abah tak berpeluang untuk sekolah sampai ke sekolah menengah pun,tapi mereka berjaya mendidik kami adik beradik dengan nilai hidup yang cukup tinggi.Sewaktu dalam masa membesarkan kami adik beradik leher dan tangan mak tak pernah ade perhiasan emas ataupun perak apakan lagi intan ataupun permata. Bagi mak semua tu tak penting selain daripada bagi ilmu dan berikan pendidikan yang sewajarnya untuk anak-anaknya.Cuma cincin belah rotan tembaga penghias jari manis Mak sebagai lambang dan tanda Mak adalah kepunyaan Abah.

Mak seorang wanita yang cekal. Seorang wanita yang hebat yang sentiasa berada di sisi Abah. Pada mak cuma pendidikan saja yang boleh merubah status dan kehidupan seseorang. Jadi Mak tak mahu kemiskinan menjadi warisan.Disiapkan kami adik-beradik dengan pemikiran bahawa pendidikan adalah segalanya. Gua tak boleh lupa betapa teruknya gua di sebat dengan tali pinggang kulit abah sebab gua kantoi tak pi mengaji di rumah Ustazah Sapiah Sojak. Mak pernah cerita, ada org kampung cakap dgn Mak. "Kenapalah kau hantar anak-anak kau sekolah jauh2 tu ? Tak sekolah tinggi pun boleh hidup jugak" Tapi kata Mak hidup dengan berpendidikan sememangnya berbeza dgn hidup sebagai org yang tidak mempunyai pendidikan. Walaupun Mak Sekolah tak sampai darjah TIGA pun ( Lantaran kemiskinan dan zaman Selepas penjajahan Jepun ) namun pemikiran Mak sememangnya tergolong dalam pemikiran Wanita yang boleh menggegarkan dunia...


Abah sejak muda lagi dah perah keringat nak bagi besarkan anak-anak dan memastikan impian dan cita-cita Mak nak tengok kami membesar menjadi insan yang hebat-hebat. Abah buat bermacam-macam kerja.Abah jual ikan,jual sayur dan buah-buahan,kerja kontrak dan macam-macam lagi. untuk sara kami sekeluarga. Alhamdulillah,berkat kesabaran mak dan abah kini mungkin boleh sedikit tersenyum bangga. Anak-anak dah mampu membela mereka.Bagi gua Mak dan abah dah berjaya tunaikan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Mereka tak pernah berhutang apa-apa dengan kami. Mak dan abah dan berjaya didik gua dan adik beradik gua jadi manusia. Cuma kami adik beradik yang terlalu byk hutang dgn Mereka. Kadang-kadang rasa terkilan dan pelik memikirkan senario dan kedaan di kampung gua sekarang ni.Anak-anak masing2 dah berjawatan besar dan bergaji ribu-ribuan ringgit tetapi dengan rasa tak tahu malu meminta Jabatan Kebajikan masyarakat utk memberikan bantuan bekalan makanan dan mendirikan rumah-rumah PPRT  kpd Ibu-bapa mereka. Bagi gua itu adalah satu keadaan yang sangat memalukan. Sepatutnya sebagai anak rumah buruk ibu-bapa harus digantikan dengan Istana.Entahlah, sememangnya pemikiran manusia ini berbeza-beza.

Abah seorang Lelaki yang sgt Macho. Kata kawan2 Abah di Klang,semasa  zaman Muda Abah mmg seorang Taiko. Sebut sahaja Din Koboi satu Teluk Gadong akan kenal. Abah die hard fan cerita Koboi sampai style abah pun mcm Koboi. Abah pernah cerita, masa umur dia belasan tahun hobi dia kumpul komik2 cerita koboi. Sebut saja nama2 Hero Koboi mesti Abah tahu.

Bila umur Abah mencecah angka 43 Tahun, Abah gua dapat seorang cucu.Atika namanya. Masa tu Abg Long gua masih lagi di Bumi Uncle Sam. Bertahun-tahun tak balik Malaysia. Menjajat Bumi Amerika untuk menjadi seorang yang hebat. Jadi Abg Ngah gua lah yg ganti tempat Abg Long.

Gua masih ingat lagi masa sebuah surau di dirikan di depan rumah gua. Masa tu berlaku satu perubahan yg sgt besar pada diri Abah. Surau di depan rumah menjadikan Abah menjadi pelawat dan penghuni tetap surau di depan rumah tu. Betapa gembiranya gua masa kecik2 bila dengar suara Abah gua melaungkan azan di Surau dan betapa bangganya bila gua berjemaah Abah menjadi Imam pada semua jemaah.

Walaupun Abah tak pi belajar sampai Havard Universiti tapi idea Abah lebih maju daripada Budak-budak yang grad daripada Universiti. Baru-baru ini gua dengar cerita Abah lahirkan satu idea tentang Cadangan penubuhan Alumni bekas murid SRA JAIM Kampung Berangan Enam Umbai.Tujuannya untuk mengumpul dana bagi  tabung pendidikan anak-anak kampung Berangan Enam untuk belajar. Gua tak sangka Abah gua ada idea yang sehebat itu. Abah gua tak mampu nak sumbangkan jutaan ringgit pada mana-mana pertubuhan. Sebab kekayaan bukan warisan kami. Mungkin dengan melahirkan satu idea yang begini boleh merubah sesuatu di dalam masyarakat kampung. Kerana kami sekeluarga yakin, hanya pendidikan yang boleh merubah masyarakat.

Kadang2 gua rasa malu dgn diri sendiri. Selama 27 tahun gua hidup sumbangan besar yg gua bagi pada Mak, Abah dan masyarakat boleh dibilang dgn jari. Ilmu yg gua dapat lebih menjurus kepada mengenyangkan perut sendiri. Adalah sikit-sikit sumbangan pada golongan Homeless. itu pun bukan dalam satu kapasiti yg besar. Kadang2 gua buat, kadang2 gua tinggalkan.Kadang2 gua sendiri yang mcm Homeless.

Sesungguhnya menjadi IBNU Shamsudin dan Anak Lelaki kepada Hjh Ramlah adalah sesuatu perkara yang teristimewa yang berlaku di dalam kehidupan gua.

Semoga Allah memberikan kesihatan kepada Abah dan Mak...Kerana sesungguhnya gua mmg belum bersedia untuk hidup tanpa mereka.

Teruskan...