Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Saturday, November 29, 2008

Aku Dan Sesuatu

2.45 a.m....Ketika ramai manusia sedang lena dibuai mimpi-mimpi yang indah waktu ni,Gua masih berada di Old Town Kopitiam Jalan Yap Kwang Seng. Gua tak tahu kenapa sehari dua ni hati gua rasa begitu tak tenteram..sgt tak tenteram..walaupun 2 hari yang lepas gua telah pun menerima kemaafan daripda seseorang yang telah gua hancurkan hatinya dengan teruk sekali tetapi hati gua masih tak tenteram.....Gua cuba mencari jawaban di atas ketidakteraman hati gua ni..tapi tetap tidak gua temui...

Walaupun tempat ini dibingari dengan gelak tawa pengunjung-pengunjung yang datang,tapi gua masih merasakan betapa kosong dan sepinya hati gua pada tika ini. Gua rasa macam ada sesuatu perkara yang besar yang akan berlaku dalam hidup gua dalam tempoh terdekat ni. Ini lah perasaan yang gua rasa satu ketika dulu sewaktu gua jatuh terjunam dalam mencari hidup di Penang dulu dan sekali lagi persaan yang serupa datang mencabar....Adakah gua yang melankolik ataupun memang ada sesuatu yang akan berlaku...

Hari ni...Gua ketinggalan utk menikmati matahari pagi..bila matahari dah berda tepat di atas kepala baru gua membuka mata mengucapkan salam kepada alam. Gua terus capai telefon bimbit gua..Satu SMS daripada isteri kawan baik gua Achik gua terima..Achik dan Ewa nak mintak tolong gua untuk bawa mereka ke klinik sebab nak dapatkan injection Hepatitis untuk baby comel mereka berdua iaitu "Rosa Musliha". Hari ni genap umur Rossa sebulan. Sejuk sangat hati gua bila gua lihat wajah suci anak angkat gua yang tak kan mengerti betapa banyaknya dugaan yang ditempuhi oleh ibu dan ayahnya sebelum dia lahir melihat dunia. Gua rasa gua lah orang yang paling layak untuk menceritakan kepda Rossa bila dia besar nanti betapa peritnya perjalanan hidup ibu dan ayah dia untuk membina mahligai bahagia.Tapi yang pasti gua takkan biarkan hidup Rossa sia-sia selagi gua ada di dunia ni. Melihat Rossa membuatkan gua sedar betapa panjangnya lagi perjalanan hidup yang perlu gua lalui...

3 hari lepas ada seseorang cakap gua masih tak bergerak daripada kenyataan. Dia cakap hidup gua masih berkisar pada satu titik yang bergerak. Dia cakap gua seperti tak dapat menerima kenyataan yang ditentukan untUK GUA..Gua membenarkan semua kata-katanya..sedikit pun gua tidak menidakkan..gua hormati segala pernilaian yang dia buat pada gua dengan hati yang terbuka. Gua digelar "PENJAHAT CINTA"....Dia kata gua takkan dapat merasa cinta kerana gua terlalu banyak merosakkan "CINTA" ...Gua akui,memang banyak cinta yang gua persiakan..dan banyak hati yang gua hancurkan...Tapi hakikatnya makin banyak cinta yang gua hilang...semakin matang dua dalam menilai kehidupan..dan semua cinta yang gua khianati..akhirnya mereka menemui kebahagiaan yang sejati..

Layang-layang takkan dapat terbang tanpa angin...Gua adalah angin..Angin yang akan menerbangkan layang-layang..
Tidur takkan lengkap jika tiada mimpi...Gua adalah mimpi-mimpi indah yang melintasi Sang Perawan yang sedang Kesepian..Tapi ada satu layang-layang yang mengatakan gua tak mampu untuk menjadi Angin yang menerbangkan layang-layang..sebaliknya gua adalah angin jahat yang memusnahkan layang-layang...Gua juga bukan mimpi-mimpi indah yang melintasi sang perawan kesepian...sebaliknya gua dalah mimpi-mimpi ngeri yang mengejutkan sang perawan yang sedang beradu...

Mahu saja gua katakan...Gua adalah Sang Arjuna yang mencari kesempurnaan dalam bercinta..tapi siapakah Gua? Layakkah gua mendapatkan kesempurnaan cinta jika gua sendiri tak pernah sempurna? Gua mudah mengatakan cinta..tapi sgt sukar melakukan cinta..ARGHH!!
Gua sangat penat menjadi Pencinta...

Sebenarnya..Gua sudah memiliki satu cinta yang amat Agung..tapi cinta agung yang sgt sukar untuk gua kawal...Cinta Agung yang sentiasa membuatkan gua rasa seperti mau mati..Andainya gua bisa mengerti sepenuhnya sekeping hati Seorang wanita yang mencintai gua separuh mati..pasti takkan gua buat dia melara hati..

Ya..dia sedang melara hati...Gua berdoa gar hatinya sekukuh tembok besi agar cinta dia pada gua takkan mati...

Gua janji gua kan belajar untuk menjadi angin yang menerbangkan layang-layang...Gua janji gua akan menjadi mimpi-mimpi indah yang menemani lena Sang Bidadari..

Teruskan....

Monday, November 17, 2008

Monolog Sang Pangeran


Dari kecik sampailah skang gua selalu berangan nak jadi kaya-raya.Tapi masa jadi budak kecik dulu kaya yang macam mana gua tak pernah tau.Yang pasti pada masa tu gua ingat kalau gua ade sebiji rumah Banglo yang ada swimming pool,sebijik kereta sport, dan sebijik Superbike dah boleh dikira kayalah.Gua selalu cakap dengan kawan-kawan gua,bila umur gua dah 25 nanti gua akan ada semua tu.....Seorang kawan gua masa kecik dulu pernah ckp,Walid namanya " Kalau kita kaya nanti cepat lupa diri" budak-budak pun dah boleh fikir hal-hal yang macam tu..

Pada satu malam...gua melepak sorang-sorang di Luna Bar.Mata gua terpaku pada pasangan kekasih.Bangsanya Melayu tetapi agamanya Gua tak pasti.Tapi yang pasti Si Dara sangat Jelita.Dara atau tidak itu pun gua tak pasti.Agak-agak dalam awal 20an umurnya.Boleh gua ketegorikan Sebagai Ratu.Sang Terunanya pulak pada pandangan gua pasti sudah mempunyai anak teruna yang sebaya dengan gua...

Kepalanya memancarkan sinar di bahagian tengah,perutnya seakan terkena santauan busong danbulat seperti ada bola di dalamnya dan rupa parasnya pulak..haha!! macam Lembu Jantan nak mengawan tapi lembu betina datang bulan.Gua tersenyum sendiri.Pengadilan moral cuba gua elakkan.Tapi biasalah walau macam mana kita nak elakkan pun pengadilan moral terhadap seseorang...sikit sebanyak terlintas jugak.Hati kecil Berkata,Si Dara Jelita pasti takkan memandang si Teruna Berperut Bola jika S i Teruna tidak menyediakan suppliment Card yang mempunyai credit Limit RM50 K dan sebuah RX8 beserta Service apartment yang menghadap Menara Kembar.Bagi Sang Teruna Berperut Bola, apalah sangat dengan pelaburan yang sebegitu jika dibandingkan dengan nikmat yang dirasa selepas malam menjelma...Sang Dara Jelita pula mungkin ada menyimpan rahsia..mungkin malam untuk Si Teruna Berperut Bola dan bila siang menjelma Sang Dara Jelita akan mula menghubungi Teruna Impian yang lain..Kerana Waktu siang Sang Teruna Berperut bola sibuk dengan urusan menjaga hartanya...

Ah..Terlalu jauh Gua membuat telahan...
Tapi itulah hakikat yang Gua pandang setiap hari di depan mata...Kerna si Dara Jelita yang gua perhatikan pernah cuba bermain mata.Gua saja yang tak mahu jatuh dalam perigi buta kerana gua tau banyak sangat kaca dan duri yang berbisa yang mampu membuatkan gua binasa.

Malam-malam gua di Kota Langit memang sentisa menarik ceritanya.Kaya...Ramai yang jadi buta dan lupa bila sudah kaya.Gua tak boleh nak nafikan hakikat tu.Memang sukar nak jadi diri kita sendiri bila kita dah jadi makin kaya.Perasaan Bongkak,angkuh dan tinggi diri tu adalah sahabat karib yang pertama yang akan cuba mendekati kita bila kita dah kaya...Sikit sebanyak itu yang gua sedang rasa..Daripada seorang budak kampung yang takde apa-apa jadi seorang yang dicari oleh sebilangan orang-orang penting di tengah kota Langit.Moga Ringgit takkan membebankan kehidupan Gua.Demi Ringgit!! Sesungguhnya ramai Insan berada di dalam Kealpaan.Hahaha!!!

Semoga hati gua kuat melawan godaan-godaan pelesit di Kota.Gua masih belum benar-benar Sampai....Tapi perjalanan gua untuk ke situ sudah makin hampir.Hala tuju gua dah semakin jelas.Hampir ke tempat yang di tuju.Semoga Cahaya daripada Langit akan menyinari perjalanan gua untuk ke situ walaupun gua hanya sekali sekala mengangkat tangan untuk memohon kepada pencipta Langit.Gua benar-benar perlukan kekuatan,kebijaksanaan dan ketabahan waktu ini...

Teruskan...


sesat di kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur
tapi kita perlu hidup
kita perlu terus hidup

terima kasih tuan dan nyonya
doa sejahtera kami pohonkan
pada tuhan maha kuasa
tuhan maha kuasa
mungkin..

kita kan temui kebahagiaan di kuala lumpur
dan mungkin kita akan kecewa
mungkin
kita akan jadi kaya dlm lumpur
mungkin kita akan terpedaya..
mungkin kita akan terpedaya
mungkin ada jalan di kuala lumpur
jalan bahagia

mungikin kita akan kecewa
mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
dan mungkin kitakan terpedaya
mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
mungkin kita lupa pada asalnya...
mungkin kita lupa pada asalnya...

Wednesday, November 5, 2008

Budak Kelantan

Semalam, gua sempat untuk meluangkan masa gua menonton filem baru yang di arahkan oleh Azizi Chunk iaiti BUDAK KELANTAN.Ternyata garapan beliau tidak mengecewakan gua. bagi gua dia berjaya menyampaikan sesuatu daripada filem beliau. Dari jalan cerita,skrip dan watak yang diketengahkan berjaya disampaikan dengan baik cuma dari sudut sinemaphotography bagi gua ada terdapat sedikit kekurangan.

Filem Budak Kelantan mengisahkan paparan hidup sebenar budak-budak Kelantan yang datang merantau ke Kota Langit Kuala Lumpur untuk mencari erti sebuah kehidupan. Terdapat dua watak utama di dalam filem ini iaitu JAHA watak antagonis yang memainkan watak seorang budak kelantan yang menjalani kehidupan secara SESAT di Kota Langit dan Buchek seorang Mahasiswa UM yang masih menganggur yang sedang mengharungi realiti sebenar kehidupan di Kota Langit. Filem ini adalah mengenai pilihan yang kita buat di dalam hidup. Buchek membuat pilihan untuk mendekati JAHA temannya sejak kecil dengan harapan JAHA akan kembali ke pangkal jalan. Banyak sisipan kisah gelap JAHA yang diketahui oleh Buchek apabila beliau mendekati JAHA.

Gua amat terkesan bila menonton filem ni. Kisah hidup JAHA mengingatkan gua kepada seorang budak Kelantan yang pernah gua kenal di Kota Langit ni iaitu Joe.Rosakkan anak dara orang,Jual perempuan,ubat batuk,pil kuda,berjudi, bergaduh adalah aktiviti yang dia buat. Sebijik macam watak JAHA dalam filem BUDAK KELANTAN ni.Watak Buchek pulak tak ubah seperti rakan sekampus gua iaitu JALI.Walau kat mana pun dia pergi solat 5 waktu tak pernah dia tinggalkan.
Yang pastinya apa yang dipaparkan dalam BUDAK KELANTAN memang realiti kehidupan di Kota Langit.

Lagu Dikir "ANAK TUPAI" dari Halim Yazid yang melatari filem BUDAK KELANTAN NI membuatkan hati gua sayu sangat.Tiba-tiba gua teringat kenangan-kenangan indah di USM masa tahun 1 DULU.Gua sememangnya rapat sangat dengan BUDAK-BUDAK Kelantan,tapi sayang tak lama...